KOTA KINABALU 27 Mac – Peruntukan perbelanjaan sambutan ulang tahun kelahiran rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Musa Aman, pada Selasa lalu telah dikurangkan sebanyak 30 peratus berbanding tahun lalu. Pengerusi jawatankuasa induk sambutan itu, Dr Joachim Gunsalam, berkata jumlah acara juga dikurangkan daripada 12 pada 2024 kepada tujuh saja tahun ini. Beliau berkata tujuh acara dianjurkan adalah acara lazim yang dilaksanakan sempena ulang tahun kelahiran rasmi Yang di-Pertua Negeri, sama seperti tahun-tahun sebelum ini. Selain itu, Dr Joachim memaklumkan, acara sambutan juga akan diadakan dalam tempoh sebulan saja, iaitu pada…
Read MoreDay: March 27, 2025
Selesai isu kuil di tapak masjid bukan angkuh
KUALA LUMPUR 27 Mac – Penyelesaian dalam isu berkaitan tapak Masjid MADANI di Jalan Munshi Abdullah, di sini bukan untuk menunjukkan kemenangan atau keangkuhan sebaliknya mempamerkan kebijaksanaan, kekuatan dan kemuliaan Islam. Anwar Ibrahim berkata, cara penyelesaian yang baik termasuk membabitkan isu sensitif di tapak yang turut menempatkan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman itu bukanlah tanda kelemahan seperti didakwa sesetengah pihak. Perdana Menteri berkata, dalam menyelesaikan isu membabitkan tapak Masjid MADANI itu, Kerajaan memilih untuk menjaga keharmonian dan berunding secara baik. “Itu (penyelesaian dicapai dalam isu tapak Masjdi MADANI) bagi saya ‘falah’…
Read More11 tahun Jakel menanti untuk bina masjid
KUALA LUMPUR 27 Mac – Syarikat tekstil, Jakel Group yang menunggu selama 11 tahun untuk pembinaan masjid di sini mengakui pernah mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman yang menduduki tanah milik syarikat itu secara tidak sah. Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Mohamed Faroz Mohamed Jakel bagaimanapun berkata, hasrat itu tidak diteruskan atas nasihat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)Dr Zaliha Mustafa. “Kami menunggu selama 11 tahun dan kami ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap jiran kami ini (Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman), tetapi dihalang oleh YB Datuk Seri…
Read More26 Ramadan 1446
“Ya Allah ! Kurniakanlah kepada ku kelebihan malam al-Qadr dan ubahkanlah segala urusan ku yang sulit menjadi mudah, serta terimalah permohonan maafku dan hapuskan dosa-dosa dan kesalahanku. Wahai Yang Maha Penyayang terhadap hamba-Nya yang soleh” Semoga peroleh kelebihan Lailatulqadar (Foto lokasi Masjid Ubudiah)
Read More2.77 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya
KAJANG – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan peningkatan jumlah trafik sehingga 2.77 juta kenderaan sehari yang menggunakan lebuh raya utama sempena cuti perayaan Aidilfitri kali ini. Dalam satu kenyataan, LLM menjangkakan 2.158 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya PLUS, 216,000 di Lebuhraya KL–Karak, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 1 (156,000), LPT Fasa 2 (70,000) dan 174,000 di Lebuhraya Persisiran Pantai Barat pada hari puncak. Menurut LLM, aliran trafik keluar dari ibu kota dijangka meningkat bermula hari ini susulan cuti sekolah pada 2 hingga 4 April, manakala trafik kembali ke ibu…
Read MoreBerita pilihan…
Hyundai umum pelan pelaburan AS$21 bilion
WASHINGTON – Hyundai Motor Group, syarikat gergasi automotif dari Korea Selatan yang dikendalikan jutawan Euisun Chung, mengumumkan pelan pelaburan bernilai AS$21 bilion di Amerika Syarikat (AS) bagi memperkukuh operasi pembuatan. Pengumuman ini dibuat seminggu sebelum Presiden AS, Donald Trump, dijangka memperkenalkan tarif baharu terhadap rakan dagang utama. Dalam satu sidang media di White House, Pengerusi Hyundai, Euisun Chung, bersama Trump mengumumkan bahawa ini merupakan pelaburan terbesar Hyundai di AS setakat ini. Pelaburan tersebut akan dilakukan secara berperingkat sehingga tahun 2028 dan merangkumi pelbagai sektor strategik dalam industri automotif dan teknologi.…
Read MoreTesla masuk pasaran di Arab Saudi April
TESLA akan mula menjual kenderaan elektrik (EV) di Arab Saudi bulan depan dengan pelancaran rasmi dijadualkan berlangsung pada 10 April ini di Riyadh. Dalam kenyataan di laman web rasminya, Tesla memaklumkan Tesla akan membuka kedai sementara di Riyadh, Jeddah dan Dammam sebagai sebahagian daripada strategi pengembangannya di negara itu. Ia menandakan pemulihan hubungan antara ketua pegawai eksekutifnya, Elon Musk dan kerajaan negara itu selepas perselisihan yang bermula sejak 2018. Syarikat itu dijangka mempamerkan model kenderaan elektriknya terkini serta produk berasaskan tenaga solar. Hubungan antara Tesla dan Arab Saudi menjadi tegang…
Read More