Hyundai umum pelan pelaburan AS$21 bilion

WASHINGTON – Hyundai Motor Group, syarikat gergasi automotif dari Korea Selatan yang dikendalikan jutawan Euisun Chung, mengumumkan pelan pelaburan bernilai AS$21 bilion di Amerika Syarikat (AS) bagi memperkukuh operasi pembuatan.

Pengumuman ini dibuat seminggu sebelum Presiden AS, Donald Trump, dijangka memperkenalkan tarif baharu terhadap rakan dagang utama.

Dalam satu sidang media di White House, Pengerusi Hyundai, Euisun Chung, bersama Trump mengumumkan bahawa ini merupakan pelaburan terbesar Hyundai di AS setakat ini.

Pelaburan tersebut akan dilakukan secara berperingkat sehingga tahun 2028 dan merangkumi pelbagai sektor strategik dalam industri automotif dan teknologi.

Sebahagian daripada pelaburan ini akan digunakan untuk membina sebuah kilang keluli baharu bernilai AS$5.8 bilion di Louisiana yang dijangka mempunyai kapasiti pengeluaran lebih 2.7 juta metrik tan setahun dan mewujudkan lebih 1,400 peluang pekerjaan.

Keluli yang dihasilkan akan digunakan bagi menyokong pengeluaran kenderaan Hyundai di kilang sedia ada di Alabama dan Georgia.

Hyundai juga akan melabur sebanyak AS$9 bilion untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran tahunan kenderaan di AS, yang merangkumi jenama Hyundai, Kia, dan Genesis.

Related posts

Leave a Comment