Tesla masuk pasaran di Arab Saudi April

TESLA akan mula menjual kenderaan elektrik (EV) di Arab Saudi bulan depan dengan pelancaran rasmi dijadualkan berlangsung pada 10 April ini di Riyadh.

Dalam kenyataan di laman web rasminya, Tesla memaklumkan Tesla akan membuka kedai sementara di Riyadh, Jeddah dan Dammam sebagai sebahagian daripada strategi pengembangannya di negara itu.

Ia menandakan pemulihan hubungan antara ketua pegawai eksekutifnya, Elon Musk dan kerajaan negara itu selepas perselisihan yang bermula sejak 2018.

Syarikat itu dijangka mempamerkan model kenderaan elektriknya terkini serta produk berasaskan tenaga solar.

Hubungan antara Tesla dan Arab Saudi menjadi tegang sejak 2018, apabila Musk mendakwa beliau mendapat pembiayaan untuk menjadikan Tesla sebagai syarikat persendirian, selepas berbincang dengan dana kekayaan negara Arab Saudi, Public Investment Fund (PIF).

Bagaimanapun, urus niaga itu tidak menjadi kenyataan dan membawa kepada saman daripada pelabur serta pendedahan mesej teks tegang antara Musk dan ketua PIF, Yasir Al-Rumayyan.

Bagaimanapun, hubungan kedua-dua pihak semakin pulih, terutama selepas Musk memainkan peranan penting dalam kempen pilihan raya Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang kini kembali berkuasa.

Nnn

Related posts

Leave a Comment