Nurul Izzah sah pertahan Naib Presiden PKR

KUALA LUMPUR 14 Mac – Naib Presiden PKR yang dilantik selepas  pemilihan 2022, Nurul Izzah Anwar menawarkan diri bertanding mempertahankan jawatan itu pada pemilihan parti yang akan berlangsung pada 24 Mei depan. Dengan keputusan itu, beliau menyertai tiga lagi penyandang yang dipilih pada pemilihan lalu yang mengesahkan akan  mempertahankan jawatan masing-masing. Tiga penyandang itu adalah Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun. Nurul Izzah, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, keputusan untuk…

Read More

Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46

SEREMBAN 15 Mac – Sidang kemuncak ASEAN ke-46 akan diadakan pada 26 dan 27 Mei ini manakala Sidang Kemuncak ASEAN bersama Rakan Dialog bermula penghujung Oktober, kata Menteri Luar, Mohamad Hasan. Beliau berkata Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 pada 26 Mei akan melibatkan semua 10 pemimpin negara anggota ASEAN manakala, mesyuarat pada 27 Mei melibatkan ketua-ketua negara ASEAN dengan ketua negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC). “Besar kemungkinan, Insya-Allah selepas majlis royal banquet pada 27 Mei, akan berlangsung Sidang Kemuncak ASEAN GCC-China di Kuala Lumpur,” katanya pada Majlis Penyampaian Sumbangan Bakul Makanan…

Read More

Campur BPT, BPI, 99 kertas siasatan dibuka

PUTRAJAYA 15 Mac – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melakukan pemeriksaan ke atas 308 premis pengilang dan pembungkus seluruh negara menerusi Ops Campur dan setakat ini 99 kertas siasatan dibuka berhubung kegiatan mencampur beras putih tempatan (BPT) dengan beras import (BPI). Menteri KPDN,  Armizan Mohd Ali, berkata hasil pemeriksaan itu, bahagian penguatkuasaan, memperoleh 99 sampel beras yang disyaki mengandungi campuran BPT dan BPI, dan 17 daripada sampel itu sudah serahkan kepada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk dianalisis. Bercakap kepada media selepas menyempurnakan Hari…

Read More

Imigresen pantau aktiviti salah guna pas masuk

KULIM 15 Mac – Jabatan Imigresen akan terus menguat kuasa dan memantau warga asing bagi mengelak mereka menyalahgunakan pas masuk termasuk menjalankan perniagaan, kata Menteri Dalam Negeri  Saifuddin Nasution Ismail. Katanya, menerusi Inspektorat Penguatkuasaan Imigresen yang dilancarkan baru-baru ini, setakat 12 Mac, sebanyak 287 pemeriksaan dilakukan membabitkan bazar-bazar di seluruh negara. “Dia (warga asing ini) masuk sebagai pas sosial tiba-tiba berakhir dengan berniaga, itu satu kesalahan dibawah Akta Imigresen, jadi warga asing yang menjalankan perniagaan sebenarnya telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 Akta Imigresen 1959, “(Selain itu) warga…

Read More

Mark Carney PM Kanada ke-24

HAMILTON – Mark Carney mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kanada ke-24 semalam, Jumaat dalam satu upacara rasmi di Rideau Hall, Ottawa, selepas Justin Trudeau, secara rasmi meletak jawatan dan membubarkan Kabinetnya. Ketua Parti Liberal yang baharu dipilih itu adalah bekas Gabenor Bank of Canada dan Bank of England serta juga pernah bekerja di Goldman Sachs dan memainkan peranan penting dalam mengemudi Kanada melalui krisis kewangan 2008. “Kami adalah kerajaan yang sangat fokus, berorientasikan tindakan,” kata Carney kepada pemberita di luar Rideau Hall sebelum upacara angkat sumpah. Beliau juga berkongsi di…

Read More

9.1 juta warga emas di Turkiye

ANKARA – Turkiye merekodkan 9.1 juta orang warga emas, satu angka yang melebihi jumlah penduduk 96 negara, termasuk Switzerland, Denmark, Ireland, New Zealand dan Armenia. Menurut Institut Statistik Turkiye (TurkStat) yang disusun oleh Anadolu Ajansi (AA), jumlah penduduk Turkiye pada 2023 ialah 85.6 juta orang dengan 10.6 peratus daripadanya diklasifikasikan sebagai warga emas. Tahun lepas, di peringkat global, warga emas merangkumi 10.2 peratus daripada 8.1 bilion penduduk dunia di mana China mencatatkan jumlah tertinggi  dengan 208.1 juta orang, diikuti India (103.7 juta) dan Amerika Syarikat (61.9 juta). Monaco mempunyai peratusan…

Read More