9.1 juta warga emas di Turkiye

ANKARA – Turkiye merekodkan 9.1 juta orang warga emas, satu angka yang melebihi jumlah penduduk 96 negara, termasuk Switzerland, Denmark, Ireland, New Zealand dan Armenia.

Menurut Institut Statistik Turkiye (TurkStat) yang disusun oleh Anadolu Ajansi (AA), jumlah penduduk Turkiye pada 2023 ialah 85.6 juta orang dengan 10.6 peratus daripadanya diklasifikasikan sebagai warga emas.

Tahun lepas, di peringkat global, warga emas merangkumi 10.2 peratus daripada 8.1 bilion penduduk dunia di mana China mencatatkan jumlah tertinggi  dengan 208.1 juta orang, diikuti India (103.7 juta) dan Amerika Syarikat (61.9 juta).

Monaco mempunyai peratusan tertinggi warga emas, merangkumi 36.2 peratus daripada jumlah penduduknya seramai 38,631 orang, diikuti Jepun (29.8 peratus), Itali (24.6 peratus), Portugal (24.5 peratus) dan Greece (23.9 peratus).

Manakala Qatar mempunyai nisbah penduduk warga emas terendah pada kadar 1.7 peratus, diikuti Emiriyah Arab Bersatu (1.8 peratus), Zambia (1.9 peratus), Chad dan Sudan (2.1 peratus) serta Republik Afrika Tengah (2.2 peratus).

Related posts

Leave a Comment