KOTA BHARU 13 Mac – Bekalan beras putih tempatan (BPT) sudah berada dalam pasaran di seluruh negara dan mengikut jadual yang ditetapkan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Mohamad Sabu. Mohamad berkata pihaknya sudah mencari jalan penyelesaian buat sementara waktu bagi menyelesaikan bekalan beras. “Untuk bekalan beras tempatan, ia sudah berada dan sedang masuk di dalam pasaran. Itu yang kita usahakan. Masalah makanan dalam dunia ini sampai kiamat pun tidak selesai, namun ini adalah penyelesaian sementara yang kita buat. “Apa yang boleh katakan bekalan beras di pasaran adalah terkawal…
Read MoreDay: March 13, 2025
GRS pertahan semua kerusi disandang
KOTA KINABALU 13 Mac – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mempertahankan semua kerusi yang disandangnya ketika ini pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17), kata Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri, Hajiji Noor. Beliau berkata perbincangan akan dilakukan dengan parti komponen GRS terlebih dahulu sebelum diteruskan dengan parti gabungan dalam kerajaan sekarang iaitu Pakatan Harapan (PH) Plus. Hajiji berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan proses agihan kerusi di antara Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) pimpinannya dengan tujuh lagi parti komponen GRS. Terdahulu, beliau hadir pada Majlis Pelancaran Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi…
Read MoreTengku Zafrul mahu fokus kepada kerja
KUALA LUMPUR 13 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima nasihat Presiden parti, Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan hati terbuka berhubung kedudukannya dalam parti. Ahmad Zahid sebelum ini menasihati Tengku Zafrul supaya tidak tergesa-gesa membuat keputusan berhubung kedudukannya dalam parti. Tengku Zafrul yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Raja berkata, pertemuan bersama Ahmad Zahid baru-baru ini membincangkan kedudukannya dalam UMNO, selain mendengar pandangan serta nasihat berkaitan. “Saya sudah berjumpa dengan Presiden UMNO dan kami berbincang mengenai kedudukan saya dalam parti. Beliau menasihatkan supaya…
Read More91 % terima tawaran haji, 84,000 buat rayuan
KUALA LUMPUR 13 Mac – Kira-kira 91 peratus daripada 31,600 bakal jemaah haji mengesahkan menerima tawaran menunaikan rukun Islam kelima itu manakala, kira-kira 84,000 mengemukakan rayuan untuk menunaikan ibadat haji tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar berkata, ini bermakna, hanya kira-kira 9 peratus kuota haji belum diisi sepenuhnya. “Setakat hari ni, 91 peratus jemaah sudah menghantar surat penerimaan (tawaran haji). Maknanya mereka sudah sah akan pergi (tunai haji) dan difahamkan sudah menerima tarikh penerbangan masing-masing,” katanya. Beliau memberitahu demikian selepas menyempurnakan Program Rahmah…
Read MoreAhli Sunah Waljamaah adalah mazhab rasmi
KUALA LUMPUR 13 Mac – Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (Jawatankuasa Fatwa MKI) yang bersidang pada 21 dan 22 Oktober lalu memutuskan bahawa Ahli Sunah Waljamaah adalah mazhab rasmi negara ini dari segi perundangan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, berkata, kerajaan mengambil beberapa langkah penting dalam memantapkan pendekatan Ahli Sunah Waljamaah yang bersifat wasatiyah, mengutamakan kesederhanaan dan mengurangkan pergeseran dalam kalangan umat Islam, terutama membabitkan perbezaan aliran. “Kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada agenda penyatuan umat Islam di negara…
Read MoreWartawan Malaysiakini didakwa esok
KUALA LUMPUR 13 Mac – Wartawan Malaysiakini, B Nantha Kumar akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok atas tuduhan menerima rasuah RM20,000 daripada seorang ejen pekerja asing warga Pakistan. Memetik laporan portal itu, Nantha yang sebelum ini menafikan dakwaan itu, berkata dia dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam yang dia akan dihadapkan dengan pertuduhan. “Saya yakin saya akan dibuktikan tidak bersalah. Ini adalah cubaan untuk membungkam saya dan menghalang saya daripada terus mendedahkan rasuah,” katanya. Ketua Pengarang Eksekutif Malaysiakini, RK Anand sekali lagi menegaskan sokongan portal berita…
Read MoreUMNO, PKR, Amanah laksana ‘dibelit’ ular besar
SEPANG 13 Mac – Presiden Pas, Abdul Hadi Awang menolak tanggapan bahawa parti itu membunuh UMNO jika bersama-sama dalam satu gabungan, sebaliknya UMNOlah yang sedang membunuh diri sendiri, umpama kelekatu yang terjun ke dalam api kerana tertarik kepada cahaya api yang akhirnya membakar diri. Beliau mendakwa, terdapat kalangan kepimpinan UMNO yang memilih untuk menjadi parti yang menumpang Pakatan Harapan (PH) yang didominasi DAP, parti yang membawa konsep sekular yang meminggirkan Islam serta kepimpinan Melayu dan bumiputera. “Kononnya, tindakan ini bertujuan untuk menguatkan semula UMNO, tetapi hakikatnya lebih kepada usaha menyelamatkan…
Read MoreBerita pilihan..
Kanada kena tarif timbal balas
WASHINGTON – Kanada akan mengenakan tarif timbal balas sebanyak 25 peratus ke atas import tambahan bernilai US$29.8 bilion dari Amerika Syarikat (AS), termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang. Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc berkata, tarif itu berkuat kuasa mulai 12.01 tengah malam esok, 13 Mac 2025. “Hari ini, saya mengumumkan bahawa Kerajaan Kanada, mengikut pendekatan dolar-untuk-dolar, akan mengenakan tarif timbal balas sebanyak 25 peratus ke atas import tambahan bernilai US$29.8 bilion dari AS. Ini termasuk US$12.6 bilion produk keluli, US$3 bilion produk aluminium dan tambahan US$14.2 bilion import…
Read MoreTiada sesiapa usir rakyat Palestin di Gaza
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menegaskan, “tiada sesiapa yang mengusir rakyat Palestin” dari Gaza, satu kenyataan yang bercanggah dengan ketegasannya sebelum ini untuk mengambil alih wilayah itu. Beliau membuat kenyataan itu sebagai respons kepada soalan seorang wartawan semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri Ireland, Micheal Martin, di White House. Trump sebelum ini mencadangkan AS mengambil alih Gaza, mengusir penduduk Palestin, dan mengubahnya menjadi sebuah “Riviera” di Asia Barat. Rancangan itu, yang diumumkan pada Februari ketika gencatan senjata rapuh antara Israel dan Hamas di Gaza, menerima kecaman global, mengukuhkan…
Read More