Beras tempatan sudah ada di pasaran

KOTA BHARU 13 Mac – Bekalan beras putih tempatan (BPT) sudah berada dalam pasaran di seluruh negara dan mengikut jadual yang ditetapkan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Mohamad Sabu.

Mohamad berkata pihaknya sudah mencari jalan penyelesaian buat sementara waktu bagi menyelesaikan bekalan beras.

“Untuk bekalan beras tempatan, ia sudah berada dan sedang masuk di dalam pasaran. Itu yang kita usahakan. Masalah makanan dalam dunia ini sampai kiamat pun tidak selesai, namun ini adalah penyelesaian sementara yang kita buat.

“Apa yang boleh katakan bekalan beras di pasaran adalah terkawal dan mengikut jadual,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Berbuka Bersama Warga KPKM, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Khalid Abdul Samad.

Media sebelum ini melaporkan, bekalan Beras Putih Tempatan (BPT) bersubsidi berharga RM26 bagi pek 10 kilogram (kg) dijangka berada di pasaran sepenuhnya dalam minggu ini.

Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Badrul Hisham Mohd, berkata ketika ini proses pengedaran daripada kilang, pemborong hingga kepada peruncit sedang berjalan.

Nnn

Related posts

Leave a Comment