Tiada sesiapa usir rakyat Palestin di Gaza

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menegaskan, “tiada sesiapa yang mengusir rakyat Palestin” dari Gaza, satu kenyataan yang bercanggah dengan ketegasannya sebelum ini untuk mengambil alih wilayah itu.

Beliau membuat kenyataan itu sebagai respons kepada soalan seorang wartawan semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri Ireland, Micheal Martin, di White House.

Trump sebelum ini mencadangkan AS mengambil alih Gaza, mengusir penduduk Palestin, dan mengubahnya menjadi sebuah “Riviera” di Asia Barat.

Rancangan itu, yang diumumkan pada Februari ketika gencatan senjata rapuh antara Israel dan Hamas di Gaza, menerima kecaman global, mengukuhkan kebimbangan lama rakyat Palestin bahawa mereka akan diusir secara kekal dari tanah air mereka dan ditolak secara meluas oleh masyarakat antarabangsa.

Mesir, Jordan, dan negara-negara Teluk Arab bimbang bahawa sebarang rancangan sebegitu boleh mengancam kestabilan seluruh rantau ini.

Sebagai tindak balas terhadap rancangan itu, negara-negara Arab meluluskan pelan pembinaan semula Gaza bernilai AS$53 bilion yang diketuai Mesir bagi mengelakkan pemindahan penduduk Palestin dari wilayah tersebut.

Menteri-Menteri luar Arab pada Rabu menyatakan mereka akan meneruskan rundingan dengan utusan khas Trump mengenai pelan Mesir untuk membina semula Semenanjung Gaza, sebagai alternatif kepada cadangan Trump untuk mengambil alih wilayah Palestin itu.

Rundingan dan koordinasi mengenai pelan tersebut akan diteruskan dengan Utusan Khas AS, Steve Witkoff, sebagai “asas kepada usaha pembinaan semula” di Gaza, menurut kenyataan bersama selepas mesyuarat para menteri luar di Doha.

Nnn

Related posts

Leave a Comment