Adam Adli sah tanding MPP PKR

KEPALA BATAS 8 Mac –  Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abdul Halim mengesahkan untuk bertanding jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 24 Mei ini. Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu berkata hasrat itu adalah sebagai antara cara untuk beliau terus menyumbang jasa dalam parti, susulan penggalnya sebagai Ketua AMK, akan berakhir tahun ini. “Adalah tidak adil kalau saya berada di pentadbiran negara tapi saya tidak main peranan aktif dalam kepemimpinan parti,” katanya kepada pemberita pada Majlis Peluncuran Program Santuni MADANI di Kampung…

Read More

Syed Saddiq dijangka terima peruntukan

KUCHING 8 Mac – Selepas terpaksa menjadi model baju raya untuk mencari peruntukan kepada rakyat, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya dijangka menerima peruntukan bagi kawasan Parlimennya. Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof, berkata secara prinsipnya, Syed Saddiq bersetuju dengan beberapa syarat yang ditetapkan kerajaan sebelum ini dan draf perjanjian dengan bekas Menteri Belia dan Sukan itu dalam fasa akhir. “Insya-Allah selesai untuk Syed Saddiq (bakal terima peruntukan) kerana hanya beliau saja yang memberi maklum balas dengan berjumpa dan mengemukakan surat rasmi,” katanya selepas Majlis Agihan Bubur Pedas…

Read More

Bertindak tegas, adil, bukan salahkan orang lain

Bertindak tegas, adil, bukan salahkan orang lain Hassan Mohd Noor SEPANG 8 Mac  – Pas menyambut baik penegasan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengenai kepentingan dan tanggungjawab semua pihak untuk memelihara keharmonian dan hubungan baik antara kaum-kaum di negara ini. Setiausaha Agung, Takiyuddin Hassan berkata, Pas mengalu-alukan pendirian kerajaan berhubung kedudukan Islam sebagai agama persekutuan yang mesti dimartabatkan, selain keperluan semua pihak “tidak melanggar jalur, peraturan dan hukum” berkait agama dan kaum. “Penegasan ini adalah selari dengan dasar Pas sejak sekian lama berhubung kepentingan dan keutamaan sikap saling menghormati, memahami dan…

Read More

Haramkan gula-gula bentuk vape, rokok

SEPANG 8 Mac – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengambil tindakan termasuk mengharamkan penjualan sejenis gula-gula menyerupai peranti vape atau rokok yang dibimbangi dapat mempengaruhi kanak-kanak merokok. Pegawai Pendidikan CAP, N V Subbarow, berkata penjualan gula-gula itu yang semakin banyak di pasaran dilihat memberi impak negatif, khususnya kepada murid sekolah untuk menghisap vape dan merokok. Tambahnya, lebih membimbangkan apabila terdapat juga gula-gula yang menyerupai jarum suntikan yang dilihat boleh memberi gambaran negatif serta mempengaruhi minda kanak-kanak terhadap budaya penyalahgunaan dadah. Beliau berkata, kanak-kanak berusia seawal tiga tahun terdedah…

Read More

PBB kurangkan bantuan pelarian Rohingya

NEW YORK – Program Makanan Dunia (WFP), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengurangkan bantuan makanan kepada kira-kira sejuta pelarian Rohingya di Bangladesh mulai bulan depan disebabkan kekurangan dana. Menerusi surat pada Khamis, kekurangan dana yang teruk memaksa pengurangan nilai baucar makanan bulanan dari AS$12.50 kepada AS$6 seorang. Pegawai tertinggi Bangladesh yang mengawasi kem pelarian Rohingya, Mohammed Mizanur Rahman yang mengesahkan pengurangan itu berkata, adalah sukar untuk membayangkan kesan pengurangan ini berikutan bantuan pada masa ini juga tidak mencukupi. Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk pelarian, Filippo Grandi turut memberi amaran bahawa pengurangan sokongan…

Read More

90,000 sertai solat Jumaat pertama di al-Aqsa

JERUSALEM – Kira-kira 90,000 orang menghadiri solat Jumaat pertama Ramadan, di Masjid al-Aqsa di Bukit Baitulmaqdis dalam keadaan aman walaupun terdapat kebimbangan mengenai ketegangan berikutan situasi di Gaza. Kota Lama berada di bawah kawalan ketat pihak polis ketika para jemaah bergerak melalui lorong-lorong sempit, melewati para peniaga yang menjual makanan dan kuih-muih wangi untuk juadah berbuka puasa. Kawasan Masjid al-Aqsa sering menjadi titik panas bagi keganasan, terutamanya dengan kehadiran orang ramai yang besar pada bulan Ramadan. Sejak bertahun lalu berlaku pertempuran antara penduduk Palestin dan pasukan keselamatan Israel di kawasan…

Read More