BAITULMUQADDIS – Satu siasatan sedang dibuat bagi mengenal pasti punca sebenar tentera Israel tersilap melancarkan sebuah peluru pemintas secara tidak sengaja ke arah sasaran yang juga aset miliknya sendiri di selatan Lubnan.
Kejadian itu berlaku ketika ketegangan masih berterusan di kawasan sempadan Israel-Lubnan meskipun gencatan senjata yang diusahakan Amerika Syarikat sebelum ini masih berkuat kuasa.
Tentera Israel dalam satu kenyataan, memaklumkan insiden itu berlaku akibat kesilapan ketika operasi dijalankan, namun tiada kecederaan dilaporkan dan siren kecemasan juga tidak diaktifkan.
Pihak berkuasa Israel setakat ini tidak memberikan maklumat lanjut mengenai jenis aset yang menjadi sasaran tersilap itu atau lokasi tepat kejadian di selatan Lubnan.
Walaupun perjanjian gencatan senjata dicapai, tentera Israel terus mengekalkan kehadirannya di beberapa kawasan di selatan Lubnan dan melancarkan serangan secara berkala di wilayah berkenaan.
Nnn
