PBB kurangkan bantuan pelarian Rohingya

NEW YORK – Program Makanan Dunia (WFP), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengurangkan bantuan makanan kepada kira-kira sejuta pelarian Rohingya di Bangladesh mulai bulan depan disebabkan kekurangan dana.

Menerusi surat pada Khamis, kekurangan dana yang teruk memaksa pengurangan nilai baucar makanan bulanan dari AS$12.50 kepada AS$6 seorang.

Pegawai tertinggi Bangladesh yang mengawasi kem pelarian Rohingya, Mohammed Mizanur Rahman yang mengesahkan pengurangan itu berkata, adalah sukar untuk membayangkan kesan pengurangan ini berikutan bantuan pada masa ini juga tidak mencukupi.

Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk pelarian, Filippo Grandi turut memberi amaran bahawa pengurangan sokongan daripada penderma akan memburukkan lagi keadaan.

Menurut beliau, jika sokongan penderma berkurang dengan drastik, usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan Bangladesh, agensi bantuan dan pelarian akan terjejas, sekali gus menambah risiko kelaparan dan penyakit selain beberapa masalah sosial lain

Kira-kira sejuta pelarian Rohingya, yang merupakan golongan minoriti Muslim, melarikan diri dari pembunuhan beramai-ramai di Myanmar pada 2016 dan 2017 dan mereka kini berlindung di kem-kem yang padat di daerah Cox’s Bazar dengan akses yang terhad kepada pekerjaan dan pendidikan.

Pengurangan bantuan sebelum ini telah menyebabkan kesulitan besar kepada pelarian Rohingya, yang bergantung sepenuhnya kepada bantuan kemanusiaan, dan menghadapi masalah kekurangan zat makanan teruk.

Pada masa sama, kebanyakan pelarian masih menunggu pemulangan semula ke Myanmar atau penyelesaian di tempat lain yang tidak pasti.

Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk pelarian, Filippo Grandi turut memberi amaran bahawa pengurangan sokongan daripada penderma akan memburukkan lagi keadaan.

Menurut beliau, jika sokongan penderma berkurang dengan drastik, usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan Bangladesh, agensi bantuan dan pelarian akan terjejas, sekali gus menambah risiko kelaparan dan penyakit selain beberapa masalah sosial lain

Nnn

Related posts

Leave a Comment