Abang Belon dapat tajaan umrah

SEPANG 30 Mac –  Pendakwah, Ebit Lew menawarkan tajaan umrah kepada peniaga belon yang terlibat dalam insiden pergelutan dengan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini.

Menerusi kenyataan di Facebook, Ebit berkongsi momen menyentuh hati ketika menziarahi Muhamad Za’imuddin Azlan, 29, yang mengalami kecederaan serius termasuk patah tulang belakang.

“Alhamdulillah, dapat ziarah abang belon, Zaim. Sampai tadi Zaim peluk menangis kuat-kuat. Ustaz, saya nak raya, tolong saya…Allahuakhbar, berat ujian Zaim.

“Orang Jerantut, Pahang… kadang-kadang kita rasa ujian kita berat rupanya ada yang lagi berat,” katanya.

Muhamad Za’imuddin terpalit kontroversi selepas tular video insiden pergelutannya dengan penguat kuasa DBKL ketika operasi penguatkuasaan dijalankan.

Akibat kejadian itu, dia mengalami kecederaan serius kini menerima rawatan di hospital.

Related posts

Leave a Comment