Nazri wakili sebahagian besar suara Melayu?

9SEPANG – Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh bertanyakan kepada Datuk Seri Nazri Abdul Aziz adakah bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) itu mewakili sebahagian besar suara orang Melayu di negara ini. Beliau menimbulkan persoalan itu selepas Nazri yang juga Ketua UMNO Padang Rengas menyifatkan pandangan Pemuda UMNO hanya mewakili sebahagian kecil suara orang Melayu dan tidak perlu dihiraukan.    “Jika kami ini dianggap hanya mewakili sebahagian kecil suara orang Melayu, saya nak tanya juga, adakah kamu mewakili sebahagian besar suara orang Melayu? “Mungkin kamu dah…

Read More

Arahan turunkan iklan jualan gula-gula

LANGKAWI 23 Feb. – Dua platform jualan dalam talian diarah menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau ‘gummy’ berbentuk mata yang sebelum ini dilaporkan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang. Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu. “Pagi ini, kita telah mengarahkan platform berkenaan untuk menurunkan iklan yang menjual gula-gula ‘gummy’ itu, tindakan yang dilaksanakan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM. “Kita juga telah mengarahkan PKD (Pejabat Kesihatan Daerah) seluruh negara untuk melakukan penguatkuasaan…

Read More

Kon Yeow sedia pertahan jawatan CEC

BAGAN 23 Feb. –  Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, akan mempertahankan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada pemilihan DAP, 16 Mac ini selepas namanya dicalonkan untuk bertanding. Bekas Pengerusi DAP Pulau Pinang negeri itu percaya ada ruang tertentu bagi mengekalkan jawatan disandang, sekali gus mewakili suara akar umbi memandangkan ada beberapa pemimpin kanan menarik diri daripada bertanding. “Saya mengesahkan bertanding untuk pemilihan jawatankuasa tertinggi. Semasa nama saya dicalonkan Pusat, saya tidak tarik balik macam pemilihan negeri tahun lalu. Berapa nama dicalonkan saya tidak tahu kerana ia…

Read More

Notis kekosongan diserah Selasa

IPOH 23 Feb. – Notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selasa ini berikutan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin. Speaker DUN Perak,  Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, makluman secara rasmi kepada SPR itu dibuat mengikut proses Undang-undang Tubuh negeri serta Perlembagaan negara bagi membolehkan Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan. “InsyaAllah minggu depan kita akan maklumkan kepada SPR seperti mana dahulu pernah jadi di DUN Slim,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan kediaman Allahyarham Ishsam di Desa Seri Ampang, di sini, hari ini.…

Read More

Kembalikan semua subsidi rakyat

SUNGAI PETANI 23 Feb. – Himpunan Aman Rakyat Bangkit Kembalikan Subsidi 2.0 di tapak parkir Menara Jam Besar Sungai Petani semalam berikrar akan terus berjuang demi kelangsungan kehidupan rakyat yang tertekan akibat kos sara hidup yang terus meningkat. Melalui Perisytiharan Demi Rakyat, Putra yang menganjurkan siri perhimpunan itu mendakwa harga barang keperluan asas dan pelbagai caj perkhidmatan meningkat dengan ketara. Keadaan dijangka lebih teruk apabila rasionalisasi subsidi diesel dan petrol RON95  bakal dilaksanakan sekitar Mei atau Jun di mana semuanya serba serbi meningkat secara luar biasa yang tidak pernah berlaku…

Read More

Israel tangguh pembebasan tahanan

BAITULMAQDIS – Israel menangguhkan pembebasan tahanan Palestin di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza susulan upacara memalukan oleh pejuang Hamas  ketika menyerahkan tebusan Israel. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, hari ini mengumumkan pembebasan tahanan Palestin di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza akan ditangguhkan sehingga pejuang Hamas menghentikan upacara memalukan yang diadakan ketika menyerahkan tebusan Israel. Pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dalam satu kenyataan berkata, pembebasan akan ditangguh sehingga pejuang Hamas menghentikan upacara memalukan itu. Sejak gencatan senjata dikuatkuasakan di Gaza pada 19 Januari lalu, Hamas sudah membebaskan 25 tebusan Israel dalam…

Read More

PBB bimbang serangan berterusan Israel

RAMALLAH – Serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat, khususnya di utara, untuk bulan kedua berturut-turut menimbulkan kebimbangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Jurucakap rasmi Setiausaha Agung PBB Stephane Dujarric berkata Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) PBB sedang memantau secara dekat situasi di Tebing Barat yang diduduki. Katanya k PBB terus bimbang dengan operasi berterusan yang dilancarkan oleh tentera Israel di bahagian utara Tebing Barat, sambil menyatakan bahawa Israel kini sedang melaksanakan serangan paling lamanya sejak awal 2000-an. “Serangan oleh peneroka Israel yang merampas tanah Palestin masih berterusan,”…

Read More