76.6 peratus populasi lengkap vaksin

PUTRAJAYA 17 Nov. – Sebanyak 76.2 peratus atau 24,882,008 individu daripada populasi keseluruhan melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, setakat semalam manakala 78.5 peratus atau 25,625,680 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Dalam tempoh yang sama sebanyak 95.4 peratus atau 22,332,571 daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin dan 97.7 peratus atau 22,882,504 telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2,549,437 individu atau 81 peratus telah melengkapkan dua dos dan 2,743,176 individu atau 87.2 peratus mendapat satu dos.

Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan hanya Kedah, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.

Terdapat pertambahan 121,232 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 51,455,404 dos.

Related posts

Leave a Comment