AHMAD Nor Al Faizan Jusoh, 47, lelaki orang kurang upaya (OKU) kategori mental yang mendapat perhatian ramai selepas dipukul di Pasar Pagi Jalan Padang Astaka, Chukai Kemaman baru-baru ini selamat menunaikan ibadah umrah wajib kelmarin.
Turut bersamanya, dua anaknya Nurul Farhana dan Ahmad Faris serta imam Masjid Kampung Batu 2 1/2 Mak Chili, Adnan Ab Majid, yang bertindak sebagai pengiring kepada keluarga itu.
Mereka sebelum itu ke Taif untuk lawatan sejuruh tiba di Jeddah dengan penerbangan Saudi dari KLIA, yang ditaja sepenuhnya oleh Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia).
Pakej umrah itu bermula 17 sehingga 28 Februari .
