Tarif baharu elektrik sedang dimuktamadkan

KUALA LUMPUR 19 Feb.  – Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang memuktamadkan cadangan tarif baharu elektrik yang akan dilaksanakan Julai depan, kata Fadillah Yusof. Timbalan Perdana Menteri berkata, tarif baharu elektrik akan dilaksanakan dengan mengambil kira input serta pandangan pemegang taruh yang diperoleh menerusi sesi libat urus pada 13 Januari dan 5 Februari lalu. “Kementerian memberi jaminan penetapan tarif elektrik di Semenanjung dan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) akan mengambil kira semua aspek termasuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat. “Ini bagi memastikan 85 peratus pengguna domestik…

Read More

72 pertubuhan kongsi gelap ancam keselamatan

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Dewan Rakyat diberitahu, sebanyak 72 pertubuhan kongsi gelap diisytihar menyalahi undang-undang dan disenaraikan di bawah Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 kerana memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, ketika menyampaikan penyataan menteri berkata pertubuhan berkenaan antaranya terbabit dalam pengedaran dadah, penyeludupan migran dan pelacuran. “Ia antaranya membabitkan Geng 360 Devan dengan 110 ahli yang menguasai aktiviti pengedaran dadah dari selatan ke Pulau Pinang. “Seramai 82 ahlinya ditahan ketika operasi dijalankan dengan 63 dituduh di mahkamah dan disabitkan sementara 18 ahli…

Read More

Jangan ‘senyap’ jika ada hutang Mara

SABAK BERNAM 19 Feb. – “Jika mempunyai masalah, Mara ada proses penjadualan dan penstrukturan semula tetapi janganlah senyap,” begitu ingatan Pengerusi Majlis Amanah Raya (Mara), Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Beliau mengingatkan demikian susulan sebahagian besar peminjam tidak menjadikan pembayaran semula kepada agensi itu sebagai keutamaan. Sebaliknya, peminjam lebih mengutamakan bayaran pinjaman lain seperti pinjaman peribadi, kereta dan rumah hingga ada yang sanggup bergolok-gadai untuk menyelesaikannya. “Saya nampak ada semacam satu budaya dalam kalangan orang kita bahawa keutamaan membayar balik hutang Mara ini adalah paling terendah atau terkebelakang meskipun sebenarnya mampu.…

Read More

25 tokoh agama anggotai Jawatankuasa Harmoni

PUTRAJAYA  19 Feb. – Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (Harmoni) melantik 25 tokoh mewakili pelbagai agama sebagai anggota jawatankuasa itu. Mereka terdiri daripada 10 wakil Islam, Buddha (empat), Kristian (empat), Hindu (dua), Tao (dua) dan masing-masing satu wakil bagi Sikh, Bahai serta Unit Lain-lain Agama (UNIFOR), Sarawak. Satu mesyuarat berkaitan diadakan yang dipengerusikan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang Antara yang dilantik ialah Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr Muhammad Nur Manuty; bekas Rektor…

Read More

Dua veteran DAP berundur, tidak tanding CEC

KUALA LUMPUR 19 Feb . – Dua veteran DAP Tan Kok Wai dan Fong Kui Lun mengumumkan tidak akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada Kongres Kebangsaan DAP ke-18 pada 16 Mac ini. Dalam kenyataan bersama, mereka mengambil keputusan itu bagi memberi laluan kepada generasi baharu serta keyakinan penuh terhadap hala tuju kepemimpinan parti yang ada sekarang. “Selama lima dekad, kami telah berjuang melalui proses demokrasi untuk merealisasikan visi ‘Malaysian Malaysia’ yang bebas, adil, saksama dan pelbagai. Ramai yang telah berkorban untuk perjuangan ini, sama ada sebagai wakil…

Read More

Pak cik OKU selesai umrah wajib

AHMAD Nor Al Faizan Jusoh, 47, lelaki orang kurang upaya (OKU) kategori mental yang mendapat perhatian ramai selepas dipukul di Pasar Pagi Jalan Padang Astaka, Chukai Kemaman baru-baru ini selamat menunaikan ibadah umrah wajib kelmarin. Turut bersamanya, dua anaknya  Nurul Farhana dan Ahmad Faris serta imam Masjid Kampung Batu 2 1/2 Mak Chili, Adnan Ab Majid, yang bertindak sebagai pengiring kepada keluarga itu. Mereka sebelum itu ke Taif untuk lawatan sejuruh tiba di Jeddah dengan penerbangan Saudi dari KLIA, yang ditaja sepenuhnya oleh Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia).…

Read More

Rasuah : SPRM tahan 2,208 penjawat awam

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Dalam tempoh lima tahun, 2020 hingga 2024, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 2,208 penjawat awam didakwa terbabit rasuah, dengan 1,070 dituduh manakala 493 disabitkan kesalahan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, berkata ia dilakukan hasil pembukaan 725 kertas risikan, 3,765 kertas penyiasatan awam dan 2,265 kertas siasatan terhadap dakwaan rasuah membabitkan penjawat awam dalam tempoh sama. “Ia hasil daripada 11,139 maklumat berunsur rasuah membabitkan penjawat awam yang diterima SPRM,” katanya dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan V Sivakumar…

Read More

Lagi tebusan dibebas Khamis

BAITULMAQDIS – Perunding utama kumpulan Hamas, Khalil al-Hayya, berkata pihaknya akan membebaskan baki tahanan, warga Israel yang masih hidup pada 22 Februari,  berjumlah enam orang. Hamas juga akan menyerahkan empat jenazah Khamis ini, antaranya keluarga Shiri Bibas, kumpulan pertama tebusan yang meninggal dunia dikembalikan ke Israel. Bagaimanapun keluarga tebusan Shiri Bibas dan anak lelakinya Ariel dan Kfir, kanak-kanak Israel terakhir yang masih ditahan di Gaza, berkata mereka tidak pasti dengan berita itu dan belum menerima ‘pengesahan rasmi’ kematian ketiga-tiganya. Hamas sebelum ini berkata, Shiri Bibas dan kanak-kanak itu terbunuh dalam…

Read More

250,000 rumah musnah, rosak

RAMALLAH – Lebih 250,000 rumah musnah atau mengalami kerosakan teruk di Semenanjung Gaza selepas 15 bulan diserang Israel. Menurut sumber rasmi Palestin, Kementerian Kerja Raya dan Perumahan menganggarkan sebanyak 170,000 rumah dimusnahkan, manakala 80,000 lagi tidak selamat untuk didiami. Kementerian itu menegaskan bahawa usaha sedang dijalankan untuk melengkapkan pautan pangkalan data banci pertama dengan sistem maklumat geografi, menerusi penyelarasan bersama pihak berkuasa perbandaran. Ia turut menyatakan bahawa proses tinjauan lapangan meningkat selepas gencatan senjata berkuat kuasa pada 19 Januari, kerana pasukan kerja akhirnya dapat memasuki kawasan yang sebelum ini tidak…

Read More