SABAK BERNAM 19 Feb. – “Jika mempunyai masalah, Mara ada proses penjadualan dan penstrukturan semula tetapi janganlah senyap,” begitu ingatan Pengerusi Majlis Amanah Raya (Mara), Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau mengingatkan demikian susulan sebahagian besar peminjam tidak menjadikan pembayaran semula kepada agensi itu sebagai keutamaan.
Sebaliknya, peminjam lebih mengutamakan bayaran pinjaman lain seperti pinjaman peribadi, kereta dan rumah hingga ada yang sanggup bergolok-gadai untuk menyelesaikannya.
“Saya nampak ada semacam satu budaya dalam kalangan orang kita bahawa keutamaan membayar balik hutang Mara ini adalah paling terendah atau terkebelakang meskipun sebenarnya mampu.
Saya ingin tegaskan bahawa Mara tidak akan lagi berkompromi dengan sesiapa dalam perkara ini,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, di sini.
Mengulas kontroversi pinjaman Mara membabitkan pelakon Rozita Che Wan, Asyraf Wajdi berkata, beliau dimaklumkan selebriti itu berjanji untuk menyelesaikannya sebelum Mac ini.
Beliau ifahamkan pelakon itu sudah menyelesaikan separuh daripada hutang iaitu RM 500,000 yang bertujuan mengelakkan hartanya daripada disita.
“Tidak pasti kalau dalam sehari dua ini beliau sudah habis bayar kerana saya tak dapat maklumat. Itu saya kena check (periksa), mungkin beliau dah bayar semua sekali,” katanya.
Nnn