Tabung Kasih@Hawana bantu tiga yatim piatu

CHERAS 16 Feb. – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyampaikan bantuan tunai Tabung Kasih@Hawana dan peribadi kepada anak-anak bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Allahyarham Muhammad Basir Abu Bakar. Fahmi berkata, beliau terkesan dan bersimpati dengan tiga anak Muhammad Basir yang kini yatim piatu susulan pemergian bapa mereka pada petang semalam, akibat masalah kesihatan kronik. “Saya sangat terkesan kerana waktu kami melawat dahulu, antara perkara yang kita usahakan adalah internet percuma untuk keluarga ini kerana tiga orang anak yang masih belajar. “Hari ini, saya sangat terkesan kerana anak-anak ini sekarang benar-benar…

Read More

E-waste: Saintis warga China ditahan

SUNGAI SIPUT – Serbuan Op Hazard di sini berjaya menahan seorang saintis warganegara China dan 26 yang lain di sebuah kilang memproses sisa elektronik (e-waste) haram di Kawasan Perusahaan Rimba Panjang di sini hari ini. Susulan itu, pihak berkuasa menyita pelbagai barangan bernilai RM1.3 bilion. Serbuan menerusi Op Hazard sekitar pukul 9.30 pagi semalam itu dilaksanakan Unit Risikan Batalion 1, Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak berpandukan maklumat hasil risikan kira-kira sebulan. Kilang terbabit terletak kira-kira dua kilometer (km) dari jalan utama melalui laluan…

Read More

Pertandingan suburkan demokrasi PKR

JOHOR BAHRU 16 Feb. – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim memuji keterbukaan Anwar Ibrahim yang tidak menghalang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PKR dipertandingkan pada pemilihan parti Mei depan. Katanya, keterbukaan Presiden PKR itu menunjukkan kematangan berpolitik, menyuburkan amalan demokrasi dalam parti, sekali gus memberi peluang kepada lebih satu juta ahli menentukan kepimpinan tertinggi parti berkenaan. Sambil menyifatkan ia langkah demokratik dan amat positif, Hassan berkata langkah itu wajar dijadikan contoh. “PKR adalah parti demokrasi dan bukan setiap hari kita adakan pemilihan, sebaliknya tiga tahun sekali. Ini amat…

Read More

Polis Thailand selamatkan remaja Jepun

MAE SOT, Thailand – Polis Thailand menyelamatkan seorang remaja lelaki warga Jepun berusia 16 tahun yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia selepas dipaksa bekerja dengan sindiket penipuan rentas sempadan di Myanmar. Remaja berkenaan dilaporkan hilang sejak Disember lalu, sebelum keluarganya membuat laporan kepada Kedutaan Jepun di Bangkok. Seorang pegawai kanan polis Thailand memberitahu, pihak berkuasa Jepun meminta bantuan untuk mencari tiga lagi warganegara mereka yang dikaitkan dengan kumpulan penipuan yang beroperasi di Myawaddy, di tenggara Myanmar. Pihak berkuasa Thailand menganggarkan sekitar 7,000 individu, kebanyakannya dari Afrika dan China, diperdagangkan ke…

Read More

15 projek mega diteruskan tahun ini – Prabowo

BOGOR – Dasar hiliran yang dirintis oleh Presiden Ketujuh, Joko Widodo (Jokowi), diteruskan dengan melaksanakan 15 projek mega bernilai tinggi bernilai berbilion dolar tahun ini, kata Presiden Indonesia, Prabowo Subianto. “Perlu diingat, kita tidak akan bergantung kepada pelaburan asing,” katanya pada sambutan ulang tahun ke-17 Parti Gerindra pimpinannya di Bogor, Jawa Barat, semalam. Beliau berkata, Indonesia perlu meneruskan usaha hiliran sumber semula jadi bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati sepenuhnya oleh rakyat. Katanya , Kabinet yang diterajuinya bersikap terbuka kepada pelabur yang ingin menyertai pelaksanaan dasar hiliran, namun kerajaan tidak akan…

Read More