Gag order: Pendirian Azalina kekal

KUALA LUMPUR 8 Feb. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said menegaskan, pendiriannya tidak berubah bahawa permohonan perintah larangan bersuara (gag order) oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak sepatutnya dibuat. Ini kerana katanya, perkara berkaitan Titah Adendum sudah pun menjadi pengetahuan umum. Beliau menjelaskan demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai koordinasi dalam melaksana perintah gag order yang sebenarnya merujuk kepada situasi perbincangan serta perbahasan isu Titah Adendum di Dewan Rakyat. Penjelasan itu susulan satu laporan dikeluarkan sebuah portal berita yang bertajuk –…

Read More

Sultan Selangor tidak setuju garis panduan

SHAH ALAM 8 Feb. –  Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan pendirian tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam khususnya di  Selangor. Baginda berpandangan cadangan itu dibuat pada waktu tidak sesuai ketika rakyat sedang giat mengeratkan amalan muhibah demi perpaduan nasional. “Sebagai Ketua Agama Islam di Selangor, cadangan garis panduan itu dibuat pada waktu yang tidak sesuai, pada ketika rakyat sedang giat mengeratkan amalan muhibah dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama demi mengukuhkan perpaduan nasional. “Polemik yang tercetus…

Read More

Tersungkur sebelum ke ‘garisan penamat’

NAMA pun ‘Garis Panduan’. Fungsinya sebagai rujukan atau sumber ‘mendapatkan’ nasihat. Ia bukannya Rang Undang-undang (RUU) atau undang-undang yang menjadi dasar sehingga melibatkan seluruh rakyat pelbagai agama mematuhinya. Apa yang difahami dengan garis panduan? Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ia bermaksud “panduan atau petunjuk yang perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsb) yang boleh dijadikan panduan atau pegangan. Malangnya belum pun garis panduan itu siap, Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) pantas memintas cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar. Umpama polis buat sekatan pemeriksaan di tengah…

Read More

Pertahan peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

SEPANG 8 Feb. – Garis panduan bagi majlis melibatkan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam seperti dicadangkan dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) tidak boleh diperlekehkan kerana ia hanya suatu bentuk nasihat dan bukan dasar. Ketua Penerangan Pas Selangor Zurk Ahmad berkata, garis panduan itu penting bagi umat Islam memahami batas sempadan yang tidak boleh dilanggar demi menjaga akidah di samping menghormati agama lain seperti dianjurkan dalam Islam. “Sejak bila pula urusan umat Islam di Malaysia menjadi ancaman kepada perpaduan dalam negara ini?,” katanya dalam kenyataan melalui Facebook. Beliau berkata…

Read More

Pertukaran tebusan diteruskan

BAITULMAQDIS – Pejuang Hamas akan membebaskan tiga rakyat Israel hari ini dalam pertukaran tahanan-tebusan kelima dengan Israel sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata di Gaza. Tiga lelaki yang akan dibebaskan itu adalah Eli Sharabi, Or Levy serta Ohad Ben Ami dan senarai nama berkenaan turut disahkan oleh pejabat Netanyahu. Kumpulan advokasi Kelab Banduan Palestin pula memaklumkan bahawa Israel akan membebaskan 183 tahanan Palestin dan 111 daripadanya adalah warga Gaza yang ditahan sejak perang Palestin-Israel tercetus 7 Oktober 2023. Setakat ini, Israel dan Hamas sudah menyelesaikan empat pertukaran di bawah fasa…

Read More

Tidak tergesa pindah penduduk Gaza

BAITULMAQDIS – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa beliau tidak tergesa-gesa untuk meneruskan pelan kontroversinya memindahkan penduduk Palestin dan mengambil alih Semenanjung Gaza. Beliau menyatakan demikian ketika bertemu Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba. Semalam, pejabatnya mengumumkan bahawa delegasi Israel akan berlepas ke Doha selepas selesai pertukaran tebusan pada hari ini. Dalam pada itu, Trump tetap bertegas dengan kenyataannya sebelum ini, walaupun terdapat tentangan antarabangsa serta penafian awal daripada beberapa anggota pentadbirannya. “Semenanjung Gaza akan diserahkan kepada AS oleh Israel selepas pertempuran berakhir. Tiada tentera AS diperlukan! Kestabilan akan wujud…

Read More