Tidak tergesa pindah penduduk Gaza

BAITULMAQDIS – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa beliau tidak tergesa-gesa untuk meneruskan pelan kontroversinya memindahkan penduduk Palestin dan mengambil alih Semenanjung Gaza.

Beliau menyatakan demikian ketika bertemu Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba.

Semalam, pejabatnya mengumumkan bahawa delegasi Israel akan berlepas ke Doha selepas selesai pertukaran tebusan pada hari ini.

Dalam pada itu, Trump tetap bertegas dengan kenyataannya sebelum ini, walaupun terdapat tentangan antarabangsa serta penafian awal daripada beberapa anggota pentadbirannya.

“Semenanjung Gaza akan diserahkan kepada AS oleh Israel selepas pertempuran berakhir. Tiada tentera AS diperlukan! Kestabilan akan wujud di rantau ini!,” katanya menerusi platform Truth Social miliknya.

Sementara itu, dua negara yang disyorkan bagi pemindahan penduduk Palestin di Gaza iaitu Mesir dan Qatar, tegas dengan pendirian awal menolak sama sekali pengosongan Gaza.

Manakala Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, berkata beliau sudah mengarahkan tentera untuk menyediakan pelan bagi membolehkan ‘pemindahan sukarela’ penduduk Gaza ke mana-mana negara yang bersedia menerimanya.

Nnn

Related posts

Leave a Comment