SEOUL – Sebanyak 20,095 bayi dilahirkan di Korea Selatan pada November 2024, peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Jumlah itu juga menunjukkan lonjakan pada kadar terpantas dalam tempoh 14 tahun sejak November 2010, susulan peningkatan perkahwinan selepas pandemik dan perubahan sikap terhadap perkahwinan serta keibubapaan.
Bilangan perkahwinan turut meningkat dengan 18,581 pasangan melangsungkan perkahwinan pada November, iaitu peningkatan 11.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Bagi tempoh Januari hingga November, seramai 199,903 pasangan berkahwin, mencerminkan peningkatan tahunan sebanyak 13.5 peratus.
Korea Selatan sebelum ini berdepan masalah kadar kelahiran yang menurun kerana ramai golongan muda menangguhkan atau tidak melangsungkan perkahwinan dan keibubapaan.
Susulan itu, kerajaan memperkenalkan pelbagai dasar untuk menggalakkan perkahwinan dan menyokong pemeliharaan kanak-kanak, termasuk faedah untuk pasangan baru berkahwin dan bantuan penjagaan anak yang diperluaskan.
Nnnn