Makan tengah hari bersama Rafidah

SEPANG 14 Julai – Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Hamzah Zainudin, hari ini mengadakan pertemuan dengan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Rafidah Aziz serta Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Hamzah berkongsi gambar pertemuan itu menerusi hantaran di Facebook dengan memaklumkan mereka mengadakan makan tengah hari bersama.

Menerusi hantaran itu, Ketua Pembangkang itu menyifatkan Rafidah sebagai tokoh yang terkenal dengan ketegasan, kelantangan dan kepimpinan berprinsip sehingga digelar ‘The Iron Lady’.

“Makan tengah hari bersama seorang tokoh yang terkenal dengan ketegasan, kelantangan dan kepimpinan berprinsip, Tan Sri Rafidah Aziz yang digelar The Iron Lady serta Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar,” katanya.

Hamzah bagaimanapun tidak mendedahkan tujuan pertemuan serta perkara yang dibincangkan.

Ahmad Samsuri kini sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN), manakala Rafidah pula sering mengemukakan pandangan mengenai isu ekonomi, tadbir urus dan dasar awam.

Nnn

Related posts

Leave a Comment