HAM: Jakim lapor polis, panggil Harith Iskander

PUTRAJAYA 22 Jan. –  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil Harith Iskander bagi mendapatkan penjelasan berhubung satu hantaran di Facebook berkaitan isu ‘HAM’ yang menimbulkan kontroversi. Ketua Pengarahnya, Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, pihaknya juga telah membuat laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi siasatan dan tindakan lanjut. “Jakim juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan sekatan akaun dan menurunkan kandungan,” katanya dalam satu kenyataan malam ini. Beliau meminta semua pihak bertenang dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan Jakim tidak akan sesekali berkompromi dengan…

Read More

Pak Tam seronok bimbing anak muda Kelantan

“SAYA seronok, mereka fokus,” Itu ungkapan Ustaz Muhammad Zaki Ridzuan apabila ditanya mengenai tanggungjawabnya sebagai Mutawif Andalusia ketika memimpin kumpulan anak muda Kelantan menunaikan ibadah umrah baru-baru ini. Pada kebiasaannya, kumpulan jemaah yang bersama beliau terdiri daripada pelbagai peringkat usia meliputi orang tua atau warga emas, berusia 40an hingga 50an serta anak muda dengan pelbagai latar belakang. Namun bagi penerbangan Amal by Malaysia Airlines baru-baru ini Ustaz Zaki atau lebih mesra dengan panggilan Pak Tam diberi tanggungjawab untuk membimbing jemaah yang terdiri daripada anak-anak muda yang lebih muda daripadanya. Pak…

Read More

JPJ saman ‘WANI’

ALOR SETAR 22 Jan. – Seorang wanita berusia 30-an dikompaun kerana menggunakan nombor pendaftaran kereta seperti perkataan yang menunjukkan namanya ketika memandu di Kilometer 49.5 Lebuhraya Utara Selatan arah utara. Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah Stien Van Lutam berkata penguat kuasa menahan kereta dipandu wanita berkenaan pukul 6.40 petang kelmarin yang mengaku nombor pendaftaran terbabit adalah pemberian suaminya. Pemeriksaan lanjut mendapati kereta berkenaan memaparkan nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi dan kelihatan seperti perkataan dan ia kesalahan di bawah Kaedah 6(7) Kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran & Pelesenan) 1959. Susulan…

Read More

Cikgu buat kerja sambilan perlu kebenaran

KUALA NERUS 22 Jan. – Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan (KPM) seperti garis panduan telah wujud ketika ini, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. Beliau berkata, apa sahaja kerja sambilan yang mereka buat tidak boleh mengganggu tugas hakiki dan tidak dilakukan semasa menjalankan tugas hakiki. “Jadi, pesan saya berilah tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) sedia ada. Ini komitmen kita untuk tingkatkan kualiti pendidikan negara dan kita perlukan guru yang fokus dalam kelas, khususnya PdP,” katanya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Ramah Mesra bersama Warga…

Read More

Trump pecat pegawai lantikan Biden

WASHINGTON – Beberapa jam selepas kembali memegang jawatan, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan pemecatan empat pegawai kanan kerajaan yang dilantik oleh presiden sebelumnya, Joe Biden. Melalui platform media sosial Truth Social, Trump berkata, Pejabat Personel Presiden White House sedang giat mengenal pasti dan menyingkirkan lebih 1,000 pegawai lantikan presiden daripada pentadbiran terdahulu. Mereka dianggap tidak sehaluan dengan visi untuk ‘Menjadikan Amerika Hebat Kembali’,” “Jose Andres daripada Majlis Presiden untuk Sukan, Kecergasan dan Pemakanan; Mark Milley daripada Majlis Penasihat Infrastruktur Negara; Brian Hook daripada Pusat Wilson untuk Sarjana; dan…

Read More

Palestin kecam keputusan Trump

RAMALLAH – Kerajaan Palestin mengutuk keputusan Donald Trump membatalkan sekatan yang dikenakan terhadap peneroka haram Israel yang didakwa melakukan keganasan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki. Pada hari pertama beliau memegang jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) itu,, Trump menandatangani perintah eksekutif yang menarik balik sekatan yang dikenakan oleh presiden sebelumnya, Joe Biden, pada tahun lalu. Jurucakap pihak berkuasa Palestin yang berpusat di Ramallah, Nabil Abu Rudeineh, dalam satu kenyataan, semalam berkata, keputusan ini menggalakkan peneroka untuk melakukan lebih banyak jenayah. Beliau meminta pentadbiran AS yang baharu untuk “campur…

Read More

WCE dibuka sepenuhnya

KUALA LUMPUR 21 Jan. – Jajaran Seksyen 2 Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) yang dibuka kepada umum mulai tengah malam ini bakal melengkapkan Pelabuhan Klang sebagai hab logistik terbesar di Asia Tenggara. Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi, berkata laluan sepanjang 7.2 kilometer berkenaan dapat mengelakkan kesesakan jalan raya berbanding laluan sedia ada terutama pada waktu puncak. Ia menyediakan laluan alternatif lebih mudah dari Banting ke Shah Alam, Klang, Putrajaya, Kajang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan sebaliknya dengan sambungan terus ke Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan…

Read More