Jangkaan sesak di Woodlands, Tuas

SINGAPURA 20 Jan. – Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura hari ini memberi amaran mengenai ‘aliran trafik yang sangat tinggi’ di pusat pemeriksaan daratnya dengan Malaysia sempena perayaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Justeru ICA menasihatkan pengembara untuk ‘menjangkakan kelewatan dan mengambil kira masa tambahan untuk pelepasan imigresen” dari 24 Januari hingga 2 Februari ini, memetik pemeriksaan yang dipertingkatkan masih dijalankan.

ICA menarik perhatian mengenai peningkatan mendadak pengembara semasa cuti sekolah baru-baru ini, apabila lebih 24 juta pengguna melalui pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas, peningkatan 20 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.

Pada 20 Disember 2024, rekod menunjukkan lebih 562,000 pengembara melintasi kedua-dua pusat pemeriksaan darat itu dalam masa sehari, melepasi jumlah tertinggi sebelumnya iaitu lebih 553,000 pelancong pada 13 Disember 2024.

Ketika itu, pengembara yang menaiki kereta dan berlepas pada waktu sibuk terpaksa menunggu sehingga tiga jam untuk pelepasan imigresen ekoran kesesakan trafik yang bermula di Malaysia.

ICA menasihatkan pengembara untuk ‘menjangkakan kelewatan dan mengambil kira masa tambahan untuk pelepasan imigresen” dari 24 Januari hingga 2 Februari ini, di mana pemeriksaan yang dipertingkatkan masih dijalankan.

Bagi memastikan perjalanan lebin lancar, ICA turut mengemukakan beberapa cadangan untuk memastikan perjalanan yang lebih lancar, termasuk memastikan pasport mempunyai tempoh sah sekurang-kurangnya enam bulan.

Mereka yang menaiki kereta dan motosikal digalakkan menggunakan kod QR, sebagai ganti pasport, untuk pelepasan imigresen yang lebih cepat dan mudah.

Pada masa yang sama, mereka juga diingatkan supaya tidak membawa masuk barangan terlarang atau terkawal seperti rokok elektronik, atau ‘vape’, dan produk daging dari Malaysia.

Orang ramai juga boleh mempertimbangkan untuk menggunakan perkhidmatan bas rentas sempadan bagi memendekkan masa menunggu mereka.

Mereka boleh menyemak aplikasi MyTransport.SG oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) atau laman web pengendali bas-bas tersebut untuk mengetahui jadual dan waktu operasi.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web ICA di pautan https://bh.sg/ICA

Nnnn

(FOTO ICA)

Related posts

Leave a Comment