Umrah: Mangsa kandas disaran lapor TTPM

PUTRAJAYA 20 Jan.  – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali menyarankan mangsa penipuan syarikat pengendali umrah tampil memfailkan tuntutan menerusi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Kata, langkah melaporkan kepada TTPM merupakan cara terbaik untuk pengguna memperjuangkan hak mereka.

“Kita mengalu-alukan mereka yang terlibat untuk tampil ke TTPM bagi menangani sebarang bentuk penipuan,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perutusan Hala Tuju KPDN 2025, di sini, hari ini..

Armizan menegaskan, segala bentuk penipuan perlu ditangani dan ia juga merupakan komitmen kementeriannya.

“Orang kumpul duit untuk pergi umrah tetapi akhirnya hasrat baik mereka terencat disebabkan oleh penipuan sebegini yang melibatkan pengurusan syarikat umrah,” katanya.

Minggu lalu, lebih 300 bakal jemaah umrah yang sepatutnya terbang bermula Selasa  terkandas apabila penerbangan ditunda oleh syarikat berkenaan di saat-saat akhir.

Pemilik syarikat berkenaan dan isterinya kemudian direman selama tiga hari berikutan dakwaan penipuan.

Pengarah Urusan syarikat umrah Hejira Travel & Tours Holding Sdn Bhd sebelum itu membuat permohonan maaf secara terbuka dan menawarkan tiga penyelesaian termasuk pemulangan 100 peratus pengembalian wang jemaah.

Bagaimanapun difahamkan setakat ini hanya 20 individu yang menerima pemulangan wang.

Nnn

Related posts

Leave a Comment