210,000 tiket KTMB sempena TBC dijual

SEREMBAN 20 Jan. – Sebanyak 210,000 daripada 270,000 tiket yang disediakan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang, sudah terjual setakat ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Beliau berkata sebagai inisiatif tambahan, pihak KTMB menambah dua trip sehari bagi perkhidmatan kereta api lokomotif untuk destinasi Kuala Lumpur-Butterworth, Pulau Pinang, sempena cuti perayaan itu. Katanya, kebanyakan tiket pulang ke kampung sudah penuh, misalnya Kuala Lumpur ke Ipoh (Perak) dan KL-Butterworth manakala lebihan tiket itu kerana tidak ramai membeli tiket pergi balik. Beliau berkata demikian kepada pemberita…

Read More

Polis Johor tahan pasangan pengendali umrah

JOHOR BAHRU 20 Jan. – Suami isteri yang juga pemilik syarikat pengendali umrah Hejira Travel & Tour Holding Sdn. Bhd. ditahan bagi membantu siasatan kes penipuan pakej umrah yang dilaporkan di negeri ini, kata Ketua Polis Johor, M Kumar. Dalam satu kenyataan media, beliau berkata pasangan berusia 32 tahun itu ditahan kelmarin (18 Januari) selepas mereka dibebaskan dengan jaminan oleh Polis Kontinjen Selangor sebaik tamat tempoh reman. “Kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan kes penipuan pakej umrah yang dilaporkan di kontinjen ini. Setakat ini, sembilan laporan polis diterima yang membabitkan kerugian…

Read More

Jangkaan sesak di Woodlands, Tuas

SINGAPURA 20 Jan. – Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura hari ini memberi amaran mengenai ‘aliran trafik yang sangat tinggi’ di pusat pemeriksaan daratnya dengan Malaysia sempena perayaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi. Justeru ICA menasihatkan pengembara untuk ‘menjangkakan kelewatan dan mengambil kira masa tambahan untuk pelepasan imigresen” dari 24 Januari hingga 2 Februari ini, memetik pemeriksaan yang dipertingkatkan masih dijalankan. ICA menarik perhatian mengenai peningkatan mendadak pengembara semasa cuti sekolah baru-baru ini, apabila lebih 24 juta pengguna melalui pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas, peningkatan 20 peratus…

Read More

Umrah: Mangsa kandas disaran lapor TTPM

PUTRAJAYA 20 Jan.  – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali menyarankan mangsa penipuan syarikat pengendali umrah tampil memfailkan tuntutan menerusi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Kata, langkah melaporkan kepada TTPM merupakan cara terbaik untuk pengguna memperjuangkan hak mereka. “Kita mengalu-alukan mereka yang terlibat untuk tampil ke TTPM bagi menangani sebarang bentuk penipuan,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perutusan Hala Tuju KPDN 2025, di sini, hari ini.. Armizan menegaskan, segala bentuk penipuan perlu ditangani dan ia juga merupakan komitmen kementeriannya. “Orang kumpul duit untuk pergi…

Read More

AS ‘hidupkan’ semula TikTok

WASHINGTON – Presiden dipilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan itu nanti untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi. Katanya, ia selaras dengan hasratnya supaya Amerika Syarikat (AS) memiliki 50 peratus kepentingan dalam usaha sama berkenaan. TikTok, yang dimiliki oleh syarikat China ByteDance, berhenti beroperasi untuk 170 juta pengguna di AS pada Ahad selepas undang-undang yang mengharamkan aplikasi itu berkuat kuasa. Pengharaman itu berpunca daripada kebimbangan mengenai kemungkinan data rakyat AS disalahgunakan oleh pegawai China. “Saya mahu AS memiliki 50 peratus kepentingan dalam usaha sama ini,”…

Read More

Hamas mula bebaskan tebusan

BAITULMAQDIS – Hamas menyerahkan tiga tebusan wanita Israel kepada Palang Merah selepas gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza, semalam. Ketiga-tiga wanita berkenaan dilaporkan keluar dari sebuah kenderaan yang dikelilingi oleh pejuang Hamas dan kemudian memasuki kenderaan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah. Terdahulu, Hamas mengumumkan tiga tebusan warga Israel yang pertama akan dibebaskan ialah Romi Gonen, Doron Steinbrecher and Emily Damari. Sementara itu di Tebing Barat yang diduduki pula, deretan bas sedang menunggu pembebasan tahanan warga Palestin oleh pihak Israel. Hamas berkata, kumpulan pertama warga Palestin yang akan dibebaskan sebagai pertukaran kepada…

Read More