Kes jangkitan meningkat sedikit

PUTRAJAYA 24 Sept. – Kes jangkitan Covid-19 menunjukkan sedikit peningkatan hari ini apabila merekodkan 14,554 kes positif baharu, setakat tengah hari ini berbanding 13,754 kes semalam

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata secara kumulatifnya, kes positif Covid-19 di negara ini melonjak kepada 2,171,232 kes.

Sarawak merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,825 kes, diikuti Selangor 2,244, Johor 1,807, Sabah 1,273, Pulau Pinang 1,231 dan Perak 1,144.

Kelantan merekodkan 910 kes, disusuli Kedah 908, Terengganu 690, Pahang 598, Melaka 401, Kuala Lumpur 271, Negeri Sembilan 157, Perlis 65 dan Putrajaya 30.

Labuan sekali lagi merekodkan kes sifar jangkitan

Daripada 14,554 kes harian yang dilaporkan hari ini, Dr Noor Hisham berkata, 163 kes bersamaan 1.1 peratus adalah pesakit kategori 3, 4 dan 5, manakala 14,391 kes atau 98.9 peratus terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Beliau juga memaklumkan mengenai kes sembuh sebanyak 16,751 kes, menjadikan jumlah keseluruhan adalah 1,950,467 kes atau 89.8 peratus.

Selain itu, katanya kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 1,049 kes dan kes yang memerlukan alat bantuan pernafasan adalah 599 kes.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 20 kluster baharu dilaporkan yang mana 10 daripadanya berpunca di tempat kerja, sembilan komuniti dan satu membabitkan kumpulan berisiko tinggi.

Related posts

Leave a Comment