LAHORE – Semua kelas bagi kanak-kanak sehingga usia 10 tahun, “awam, swasta dan pendidikan khas di sini akan ditutup selama seminggu” dari Isnin hingga Sabtu, susulan tahap pencemaran mencecah paras rekod,
Menurut laporan media, keputusan pemerintah tempatan itu dibuat bagi mengelak mendedahkan jutaan kanak-kanak daripada kabus tebal yang beberapa kali melebihi paras yang disifatkan sebagai berbahaya.
Selama beberapa hari, bandar dengan 14 juta penduduk itu diselubungi kabus tebal disebabkan pembakaran pertanian dan penyejukan semasa musim sejuk.
Menurut data IQAir, indeks mutu udara menjangkaui 1,000 pada Sabtu, melebihi paras 300 yang disifatkan sebagai “berbahaya” dan disifatkan sebagai “tidak pernah berlaku sebelum ini”.
Ramalan cuaca selama enam hari akan datang menunjukkan corak angin akan kekal sama.
Kabus tebal ini sangat berbahaya bagi kanak-kanak dan pelitup muka harus diwajibkan di sekolah.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan angin ahmar, penyakit jantung, barah paru-paru dan penyakit pernafasan boleh berlaku akibat pendedahan yang lama dan berterusan.
Nnn
