Belanjawan berbilion, soal beras tidak selesai

KUALA LUMPUR 18 Nov. – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) termasuk unit Kawal Selia Padi dan Beras diminta menjelaskan kedudukan sebenar  mengenai situasi beras putih tempatan (BPT) yang sehingga kini didakwa hampir tidak terdapat di pasaran. Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) berkata, sebagai wakil kerajaan, beliau malu dengan isu beras tempatan yang sudah dua tahun belum selesai. “Saya ingin kemukakan satu persoalan (mengenai) subsidi yang banyak yang Parlimen akan luluskan (melalui Belanjawan 2025) dan diperuntukkan kepada KPKM ini, tapi tak dapat menyelesaikan masalah. “Saya ingin (tanya) kementerian dan unit…

Read More

100 daripada 231 individu ada rekod nikah

SHAH ALAM 18 Nov. – Hanya 100 orang daripada 231 individu mengaku suami isteri dalam kalangan ahli GISBH Holdings (GISBH) yang ditahan, mempunyai rekod perkahwinan, demikian dedah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah. Beliau berkata, ia adalah hasil semakan dibuat menerusi Sistem Pengurusan Perkahwinan Malaysia dan sistem dalam talian lain. “Dari sudut penguatkuasaan undang-undang, JAIS akan mengambil tindakan berhubung pelanggaran peraturan dan undang-undang syariah negeri ini. “Antara yang boleh disiasat ialah Seksyen 12 (c) berkaitan melanggar fatwa di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor…

Read More

Melaka tarik balik gelaran Datuk CEO GISBH

MELAKA 18 Nov. – – Kerajaan negeri menarik balik Darjah kebesaran Melaka membawa gelaran Datuk yang dianugerahkan kepada Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali. Setiausaha Kerajaan Negeri, Azhar Arshad dalam satu kenyataan memaklumkan arahan dibuat Yang di-Pertua Negeri, Mohd Ali Mohd Rustam selepas mendapat nasihat Ketua Menteri, Ab Rauf Yusoh. Nasiruddin dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk pada 25 Ogos lalu. Berikutan arahan itu, Azhar berkata nama Nasiruddin sudah dikeluarkan daripada senarai Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri…

Read More

Entiti perniagaan GISBH sedang dikenal pasti

KUALA LUMPUR 18 Nov. – Semua entiti perniagaan yang dikaitkan dengan Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) sedang dikenal pasti sama ada dalam mahu pun luar negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, usaha itu dilakukan jawatankuasa bersama membabitkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Polis Diraja Malaysia. Dr Mohd Na’im  berkata usaha juga sedang digerakkan untuk mengesan lebih banyak maklumat berkaitan aktiviti syarikat serta individu atau kumpulan berkaitan dengan GISBH termasuk di luar negara. “Mengenai data statistik berhubung angka…

Read More

Bung Moktar naik turun mahkamah lagi

PUTRAJAYA 18 Nov. – Bung Moktar Radin dan isteri bersedia ‘naik turun’ mahkamah sekali lagi susulan keputusan Mahkamah Rayuan memerintahkan pasangan itu membela diri terhadap tiga tuduhan rasuah membabitkan wang RM2.8 juta berhubung pelaburan RM150 juta FELCRA dalam unit amanah Public Mutual Berhad. Ahli Parlimen Kinabatangan, itu memberitahu beliau dan Zizie Izette Abdul Samad sudah bersedia dan akan menghadapinya. “Kalau tuntutan (perintah mahkamah) kenalah (hadir),” kata bekas Pengerusi FELCRA itu, ketika ditemui di luar mahkamah Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, bersidang bersama-sama Datuk Mohamed Zaini…

Read More

Sultan Selangor bimbang gejala dadah

SHAH ALAM 18 Nov. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan terhadap gejala ketagihan dadah yang semakin parah dalam kalangan masyarakat terutama melibatkan golongan berbangsa Melayu. Baginda menzahirkan perkara itu menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, berdasarkan statistik penyalahgunaan dan penagihan dadah di Malaysia oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang menunjukkan peningkatan 31.6 peratus berbanding tahun lalu. “Adalah amat malang sekali jika dilihat rata-rata mereka yang terjebak dengan gejala ketagihan dadah adalah golongan berbangsa Melayu yang beragama Islam iaitu 76.8 peratus. “Juga golongan artis yang ramai terjebak,…

Read More

Penasihat media Hizbullah terbunuh

BEIRUT – Kumpulan Hizbullah, mengesahkan ketua hubungan medianya, Mohammad Afif, terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah bangunan di tengah Beirut, semalam. Serangan di Beirut yang menyasarkan pegawai Hizbullah itu berlaku di kawasan Ras al-Nabaa, di mana ramai penduduk mencari perlindungan selepas dipindahkan dari pinggir selatan akibat pengeboman Israel. Afif adalah penasihat media yang sudah lama berkhidmat dengan Setiausaha Agung Hezbollah, Hassan Nasrallah, yang terbunuh dalam serangan udara Israel di pinggir selatan Beirut pada 27 September lalu. Beliau pernah menguruskan stesen televisyen milik Hizbullah, Al-Manar, selama beberapa tahun sebelum mengetuai…

Read More

AS benarkan Ukraine guna peluru berpandu

WASHINGTON – Ukraine dibenar untuk menggunakan peluru berpandu jarak jauh yang dibekalkan Amerika Syarikat (AS) untuk menyerang Russia, kata seorang pegawai kanan AS. Presiden Joe Biden, memberi kebenaran ketika tentera Korea Utara dikerahkan untuk menyokong usaha Moscow menyerang Ukraine. Russia telah mengerahkan hampir 50,000 tentera ke Kursk, wilayah selatan Rusia di mana Kyiv melancarkan serangan balas mengejutnya pada musim panas, untuk bersiap sedia merampas kembali wilayah itu. Ribuan tentera Korea Utara telah dikerahkan ke Kursk sebagai sebahagian daripada serangan, mencetuskan kebimbangan Biden dan penasihatnya bahawa kemasukan mereka itu boleh membawa…

Read More