PUTRAJAYA 19 Nov. – Kerajaan berpendirian tidak mengharamkan penjualan vape pada peringkat nasional, namun menyerahkan kepada kerajaan negeri menentukan dasar masing-masing termasuk melarang penjualan vape, melalui pihak berkuasa tempatan (PBT). Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad bagaimanapun berkata, kerajaan akan terus mengamalkan pendekatan kawal selia terhadap vape menerusi Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang dikuatkuasakan mulai 1 Oktober lalu. “Saya kira kerajaan negeri perlu membuat keputusan masing-masing. Kita tidak dapat mengharamkan vape ketika ini, maka kita mengambil sikap untuk mengawal selia. “Sebagai langkah pertama, pastinya kita…
Read MoreYear: 2024
Soal dalam UMNO biar UMNO tentukan
KOTA KINABALU 19 Nov. – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Bung Moktar Radin tidak terpanggil untuk menjawab komen dari badan bukan kerajaan (NGO) yang disifatkannya sebagai tidak berwibawa dan berat sebelah. Justeru katanya, beliau tidak tergugat dengan desakan yang memintanya meletak jawatan berikutan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes rasuahnya. “Soal dalam UMNO biarlah UMNO yang tentukannya. Kes saya bukan kes baharu, ianya telah berjalan bertahun-tahun,” katanya dalam maklum balas yang dikongsikan kepada media. Beliau mengulas desakan pihak tertentu yang memintanya meletak jawatan sebagai Ketua UMNO Sabah selepas Mahkamah Rayuan, semalam…
Read MoreDemi keadilan teruskan kes Daim
PUTRAJAYA 19 Nov. – Nai’mah Abdul Khalid mahu pendakwaan membabitkan kegagalan mengisytiharkan harta yang dihadapi, Allahyarham Daim Zainuddin diteruskan supaya keadilan terhadap arwah suaminya terbela. Menurut Nai’mah, menjadi hasrat arwah suaminya supaya perbicaraan itu diteruskan di mahkamah sehingga tamat walau apapun terjadi. “Daim sentiasa ternanti-nanti harinya di mahkamah dan penuh yakin akhirnya beliau akan dibuktikan tidak bersalah. “Tidak ada keperluan untuk Peguam Negara mahupun Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyemak semula, memberhentikan atau menarik balik pendakwaan terhadap Daim,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Nai’mah berkata, pihaknya…
Read MoreBerita pilihan…
100 lori bantuan makanan dirompak
KAHERAH – Kira-kira 100 lori yang membawa makanan untuk penduduk Palestin dirompak secara kejam pada Sabtu lalu selepas memasuki Gaza, kata dua agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Konvoi lori yang membawa makanan disediakan agensi PBB iaitu Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) dan Program Makanan Sedunia (WFP). Pegawai kanan kecemasan UNRWA, Louise Wateridge, konvoi diarahkan oleh Israel untuk berlepas dalam notis singkat melalui laluan daripada lintasan sempadan Kerem Shalom. Ini adalah salah satu misi pemberian bantuan terburuk sepanjang tempoh 13 bulan perang di kawasan itu…
Read MoreG20 seru gencatan senjata menyeluruh
RIO DE JANEIRO – Pemimpin G20, yang bermesyuarat di sini menyeru gencatan senjata menyeluruh di Gaza selaras dengan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta di Lubnan, bagi membolehkan rakyat di kedua-dua belah Garis Biru pulang dengan selamat ke rumah mereka. Mereka juga menyuarakan kebimbangan yang mendalam terhadap situasi kemanusiaan yang dahsyat di Semenanjung Gaza dan ketegangan yang semakin memuncak di Lubnan. Dalam satu kenyataan, mereka dengan tetas menekankan keperluan mendesak untuk memperluaskan aliran bantuan kemanusiaan, memastikan perlindungan orang awam dan menghapuskan semua kekangan yang menghalang penyediaan bantuan berskala besar.…
Read MoreMedia Hari Ini Selasa 19.11.2024
Haramkan vape sepenuhnya
KUANTAN 18 Nov. – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyarankan pihak kerajaan mengharamkan rokok elektronik (vape) secara sepenuhnya yang dianggap merosakkan kesihatan. Saranan itu dibuat susulan kebimbangan baginda terhadap penyalahgunaan dadah yang semakin meningkat di Pahang terutamanya dalam kalangan belia berdasarkan statistik 11,750 individu yang dipantau oleh Agensi Anti Dadah Kebangsan (AADK). Titah baginda daripada jumlah itu, Daripada jumlah itu sebanyak 57 peratus melibatkan individu berusia lingkungan 15 hingga 30 tahun dan Pahang menduduki tangga kelima kes penyalahgunaan dadah ini. Menurut baginda lagi, penyalahgunaan dadah ini antara…
Read MoreBersatu saman Speaker, lima ahli Parlimen
KUALA LUMPUR 18 Nov. – Bersatu mengemukakan saman pemula di Mahkamah Tinggi bagi menuntut perisytiharan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak mengosongkan kerusi lima Ahli Parlimen yang dipecat parti itu sebagai tidak berperlembagaan. Saman pemula itu difailkan Setiausaha Kerja Bersatu, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya dan Ketua Whip parti, Dr Ronald Kiandee selaku plaintif, pada 15 November lalu melalui firma guaman, Tetuan Chetan Jethwani & Company. Mereka menamakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul, dan lima Ahli Parlimen iaitu Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Mohd Azizi Abu Naim (Gua…
Read More“Tiba-tiba seperti berada di China”
KUALA LUMPUR 18 Nov. – Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad meluahkan kekecewaan dan kebimbangannya terhadap penggunaan meluas tulisan Cina di sebuah kompleks beli-belah Kuala Lumpur, yang menurutnya memberi kesan kepada identiti kebangsaan. Dalam kenyataan yang dikongsi di platform X, Dr Mahathir menceritakan pengalamannya ketika mengunjungi salah satu pusat beli-belah baharu di ibu negara pada hujung minggu. Beliau memuji kompleks tersebut sebagai “fantastic dan lebih hebat daripada di London atau Tokyo. Namun, beliau menegaskan kehadiran ketara tulisan Cina di papan tanda, yang menurutnya mengatasi penggunaan Bahasa Kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu.…
Read More