KOTA KINABALU 17 Dis. – Musa Aman menzahirkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas lantikannya sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11 berkuatkuasa Januari 2025. Dalam kenyataannya, beliau berbangga dengan lantikan itu kerana dapat terus berbakti kepada negeri dan rakyat Sabah. “Ini adalah penghormatan besar apabila Yang di-Pertuan Agong memberikan kepercayaan kepada saya dengan pelantikan ini serta tanggungjawab yang menyertainya,” katanya. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, dan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, atas keyakinan mereka mencadangkan beliau untuk jawatan yang amat dihormati ini sebagai Ketua…
Read MoreDay: December 17, 2024
Kewarganegaraan diputuskan dalam setahun
PUTRAJAYA 17 Dis. – Mulai tahun hadapan kelulusan permohonan kewarganegaraan akan diputuskan dalam tempoh setahun, kata Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail. Beliau berkata tempoh itu adalah prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memastikan isu kewarganegaraan ditangani dengan efisien. “Insya-Allah, mulai tahun hadapan, setiap permohonan untuk mendapatkan kewarganegaraan akan mendapat keputusan dalam tempoh satu tahun. Ini adalah SOP yang saya tetapkan untuk pasukan KDN,” katanya di laman sosialnya, hari ini. Saifuddin berkata, ia juga sebahagian komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan hak rakyat terjaga dan terbela. Katanya…
Read MoreLantikan Musa atas perkenan Agong
PUTRAJAYA 17 Dis. – Pelantikan bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 berkuat kuasa 1 Januari depan adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, bukannya Perdana Menteri. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, berkata Perkara 1 Perlembagaan Sabah jelas menyatakan bahawa Perdana Menteri tiada peranan dalam menasihati Agong bagi urusan pelantikannya, sebaliknya ia tanggungjawab Ketua Menteri Sabah. Perkara 1(1) Perlembagaan Sabah menyatakan Yang Dipertua Negeri Sabah dilantik mengikut budi bicara Yang di-Pertuan Agong, selepas mendapat nasihat daripada Ketua Menteri. Justeru, beliau yang juga Menteri Komunikasi menyelar kenyataan…
Read MoreMenelusuri sirah, umrah bersama Alif Satar
SEPANG 17 Dis. – Lapan puluh jemaah umrah di bawah Program Menelusuri Sirah & Umrah Andalusia Travel bersama Duta Wexpress, Alif Satar berlepas dari KLIA ke Madinah pukul 5 pagi ini. Perjalanan jemaah umrah kali ini bukan sekadar menunaikan ibadah umrah tetapi juga menelusuri sirah Rasulullah SAW dan menghayati Tamadun Islam. Program 12 hari 10 malam itu bermula hari ini, sehingga 28 Disember, yang turut melibatkan aktiviti pelancongan menarik di Madinah, Jeddah dan Riyadh. Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris, hadir mengucapkan selamat berangkat kepada jemaah. Bagi menjayakan…
Read MoreDr Mahathir menulis mengenai Dendam
𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔𝗠 1. Sebenarnya tidak ada dendam. Hanya secara kebetulan terkena pada orang tertentu yang juga musuh orang yang tidak dendam. 2. Semuanya terkena pada orang ini. 3. Konon orang ini maha kaya setelah curi duit Kerajaan berbilion-bilion. 4. Di saman untuk tunjuk bukti! 5. Tidak ada bukti selepas lebih setahun berlalu. 6. Konon ada kotak penuh dokumen bukti duit Kerajaan di samun oleh orang ini. 7. Konon! Tetapi masih konon. Tak ada dokumen untuk didedah. 8. Ah! Duit ada dalam bank Switzerland. 9. Dijemput pergi bersama untuk dedah duit berbilion…
Read MoreMaro : Sampai bila
Andalusia terima Anugerah The BrandLaureate
KUALA LUMPUR 17 Dis. – Syarikat pengendali pakej haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) menerima dua Anugerah Jenama Tahunan BrandLaureate 2024 anjuran The World Brands Foundation (TWBF), malam tadi. Dua anugerah itu adalah The BrandLaureate Best Brands Awards 2023-2024 untuk Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd. dan The BrandLaureate Entreprenueur Awards 2024 untuk Pengarah Andalusia, Ida Riswana Idris. Ida Riswana yang juga Penasihat Undang-undang Andalusia hadir menerima anugerah itu di Hotel Majestic di sini sementara Pengerusi Eksekutif Andalusia, Md Daud Che Ngah menerima anugerah bagi pihak…
Read MoreMusa Aman Yang Dipertua Negeri Sabah
KUALA LUMPUR 17 Dis – Ketua Menteri Sabah paling lama (2003-2018) Musa Aman dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah Ke-11, menggantikan, Juhar Mahiruddin yang akan tamat tempoh perkhidmatan pada 31 Disember ini. Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menyerahkan Surat Cara Pelantikan kepada Musa yang turut dikurniakan darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun. Musa, 73, adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga yang pernah memimpin UMNO Sabah. Juhar akan tamat tempoh perkhidmatannya selama empat penggal selepas memegang jawatan berkenaan sejak 2011, menjadikannya individu paling…
Read MoreBerita pilihan..
BRICS sedia teliti permohonan Syria
MOSCOW – Blok Ekonomi Organisasi Antara Kerajaan, Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan (BRICS) akan meneliti permohonan penyertaan Syria jika pihak berkuasa baharu negara itu mengesahkannya. Timbalan Menteri Luar Rusia merangkap Sherpa Rusia dalam BRICS, Sergey Ryabkov dalam satu wawancara bersama Agensi Berita TASS berkata, BRICS mengambil serius setiap permohonan keahlian, termasuk Syria. “Namun, kami tidak mendesak atau memaksa mana-mana pihak. Kami menghormati setiap pilihan kerana isu ini terlalu penting untuk sekadar bergantung pada beberapa petunjuk formal berkaitan keahlian,” kata Ryabkov ketika ditanya sama ada BRICS bersedia menilai permohonan…
Read More