Musa zahir penghargaan kepada Agong

KOTA KINABALU 17 Dis. – Musa Aman menzahirkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas lantikannya sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11 berkuatkuasa Januari 2025.

Dalam kenyataannya, beliau berbangga dengan lantikan itu kerana dapat terus berbakti kepada negeri dan rakyat Sabah.

“Ini adalah penghormatan besar apabila Yang di-Pertuan Agong memberikan kepercayaan kepada saya dengan pelantikan ini serta tanggungjawab yang menyertainya,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, dan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, atas keyakinan mereka mencadangkan beliau untuk jawatan yang amat dihormati ini sebagai Ketua Negeri.

Musa, 73, menerima Surat Cara Pelantikan sebagai Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah daripada Sultan Ibrahim pada istiadat yang berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara Kuala Lumpur, pagi ini.

Beliau menggantikan Juhar Mahiruddin yang akan tamat tempoh perkhidmatan pada 31 Disember ini setelah berkhidmat selama 14 tahun sejak 1 Januari 2011.

Nnn

Related posts

Leave a Comment