Kewarganegaraan diputuskan dalam setahun

PUTRAJAYA 17 Dis. – Mulai tahun hadapan kelulusan permohonan kewarganegaraan akan diputuskan dalam tempoh setahun, kata Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata tempoh itu adalah prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memastikan isu kewarganegaraan ditangani dengan efisien.

“Insya-Allah, mulai tahun hadapan, setiap permohonan untuk mendapatkan kewarganegaraan akan mendapat keputusan dalam tempoh satu tahun. Ini adalah SOP yang saya tetapkan untuk pasukan KDN,” katanya di laman sosialnya, hari ini.

Saifuddin berkata, ia juga sebahagian komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan hak rakyat terjaga dan terbela.

Katanya , sejak 21 Disember 2022 sehingga 27 November 2024, KDN sudah selesai membuat pertimbangan sebanyak 32,408 permohonan untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia.

“Ada juga permohonan yang menunggu lebih daripada lima tahun dan Alhamdulillah lebih 80 peratus permohonan sudah selesai saya pertimbangkan,” katanya.

Nnn

Related posts

Leave a Comment