BRICS sedia teliti permohonan Syria

MOSCOW – Blok Ekonomi Organisasi Antara Kerajaan, Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan (BRICS) akan meneliti permohonan penyertaan Syria jika pihak berkuasa baharu negara itu mengesahkannya.

Timbalan Menteri Luar Rusia merangkap Sherpa Rusia dalam BRICS, Sergey Ryabkov dalam satu wawancara bersama Agensi Berita TASS berkata, BRICS

mengambil serius setiap permohonan keahlian, termasuk Syria.

“Namun, kami tidak mendesak atau memaksa mana-mana pihak. Kami menghormati setiap pilihan kerana isu ini terlalu penting untuk sekadar bergantung pada beberapa petunjuk formal berkaitan keahlian,” kata Ryabkov ketika ditanya sama ada BRICS bersedia menilai permohonan keahlian Syria.

Sebelum ini, Duta Syria ke Rusia Bashar Jaafari berkata bahawa Syria sedang “mengadakan perbincangan serius” mengenai keahlian dalam BRICS.

Related posts

Leave a Comment