KUALA LUMPUR 17 Dis. – Syarikat pengendali pakej haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) menerima dua Anugerah Jenama Tahunan BrandLaureate 2024 anjuran The World Brands Foundation (TWBF), malam tadi.
Dua anugerah itu adalah The BrandLaureate Best Brands Awards 2023-2024 untuk Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd. dan The BrandLaureate Entreprenueur Awards 2024 untuk Pengarah Andalusia, Ida Riswana Idris.
Ida Riswana yang juga Penasihat Undang-undang Andalusia hadir menerima anugerah itu di Hotel Majestic di sini sementara Pengerusi Eksekutif Andalusia, Md Daud Che Ngah menerima anugerah bagi pihak Andalusia.
Hadir sama pada majlis makan malam Gala TWBF itu adalah Pengarah Urusan Kumpulan Andalusia Travel, Ibrahim Mat Sin dan Pengarah Pemasaran Digital Andalusia, Izzati Ibrahim.
Ida Riswana ketika ditemui media berkata anugerah itu adalah pengiktirafan besar dan menjadi pemangkin semangat untuk Andalusia terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan-pelanggannya.
“Ia adalah satu pengiktirafan yang sangat besar, bukan sahaja untuk saya tetapi untuk seluruh keluarga besar Andalusia Travel & Tours. Kejayaan ini membuktikan bahawa syarikat kecil dan sederhana (SME) juga mampu mencipta impak besar.
“(Iaitu) apabila berpegang kepada nilai kepercayaan, komitmen dan perkhidmatan berkualiti,” katanya.
Beliau juga berharap dapat mengekalkan Andalusia sebagai agensi pelancongan umrah yang dipercayai, bukan hanya di Malaysia tetapi di peringkat antarabangsa dan terus menjadi pemudah cara membantu umat Islam mendekatkan diri kepada Allah melalui ibadah penuh makna.
Ida Riswana berkata, antara faktor kejayaan Andalusia adalah komitmen terhadap kepercayaan pelanggan dan manakala setiap kakitangan turut memainkan peranan penting dengan menekankan nilai nilai ikhlas, jujur dan kebajikan dalam membantu umat Islam mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Pada masa yang sama beliau turut berkongsi rancangan Andalusia untuk mengembangkan operasi syarikat ke negara ASEAN.
“Insya-Allah kami bercadang meluaskan operasi ke negara-negara ASEAN serta memperkenalkan pakej yang lebih fokus kepada pelancongan sejarah Islam serta pengalaman spiritual,” katanya.
Nnnn
