RCI bukan mahu dakwa mana-mana pihak

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Usul membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, bukan bertujuan mahu mendakwa mana-mana pihak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said  berkata, ia sebaliknya bagi membolehkan kerajaan mengambil cadangan serta keputusan untuk memperbaiki kelemahan berkaitan kes itu. Beliau berkata, usul itu mempamerkan kesediaan Kerajaan Madani  untuk mendedahkan laporan berkaitan kes berkenaan kepada umum, berbanding keputusan membabitkan kes sama yang dimuktamadkan Kabinet terdahulu. “Saya berharap Yang Berhormat…

Read More

“Sanggupkah kita buat ini kepada bekas PM?”

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Ahli Parlimen Pasir Gudang (PH) Hassan Abdul Karim tidak bersetuju dengan syor supaya laporan polis dibuat terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh. Beliau merujuk syor yang dikemukakan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan. “Bila disyorkan buat laporan polis, ambil tindakan jenayah kepada Tun Dr Mahathir yang telah berusia hampir 100 tahun, keluar masuk IJN (Institut Jantung Negara), sanggupkah kita buat ini kepada bekas Perdana Menteri kita?…

Read More

‘Dokumen cacat, tidak sempurna’

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Jemaah Menteri bersetuju supaya permohonan semakan dan permohonan tafsiran keputusan kedaulatan Pedra Branca, Middle Rocks serta South Ledge (Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan) oleh Malaysia di hadapan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tidak diteruskan. Ketua Whip Perikatan Nasional (PN),  Takiyuddin Hassan, mendakwa perkara tersebut terkandung dalam dokumen berupa salinan minit mesyuarat bertarikh 23 Mac 2018 berhubung keputusan Jemaah Menteri mengenai kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan. Ahli Parlimen Kota Bharu itu mendakwa, beliau menerima dokumen tersebut beberapa hari lalu tetapi tidak pasti…

Read More

Mengapa berdiam diri? – Dr Mahathir

PUTRAJAYA 12 Dis. –  Mengapa mengambil sikap berdiam diri berhubung keputusan pengguguran rayuan bagi tuntutan Batu Puteh pada 2018? Itu pertanyaan Dr Mahathir Mohamad terhadap tiga bekas anggota Kabinetnya. Pertanyaan itu sebagai membalas kenyataan Dr Wan Azizah Wan Ismail, Mohamad Sabu dan Anthony Loke yang memaklumkan Mahathir hanya memaklumkan kepada Kabinet selepas keputusan itu dibuat. “Terima kasih kepada menteri-menteri yang menganggotai Kabinet semasa saya menjadi Perdana Menteri kali kedua atas penjelasan mereka. Namun, saya agak pelik dengan penjelasan mereka itu yang tidak memberikan sebarang pendapat atau pandangan berhubung isu Batu Puteh,…

Read More

Tanggungjawab bersama jemaah menteri

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Keputusan yang dibuat oleh Jemaah Menteri pada Mei 2018 tentang isu Pulau Batu Puteh adalah tertakluk kepada prinsip tanggungjawab kolektif Jemaah Menteri, kata bekas Perdana Menteri  Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, walaupun perkara tersebut dibawa oleh Perdana Menteri Ke-7,  Dr Mahathir  dalam agenda hal-hal lain, ia tidak menghalang mana-mana anggota Jemaah Menteri untuk memberikan pandangan. Muhyiddin yang juga anggota Kabinet ketika itu sebagai Menteri Dalam Negeri berkata, tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet. “Apabila Jemaah Menteri…

Read More

RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) ditangguh

KUALA LUMPUR 12 Dis. – – Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 ditangguhkan ke Mesyuarat Dewan Rakyat akan datang, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan. Beliau berkata perkara itu dibuat mengikut Peraturan Mesyuarat 62 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, selepas sesi soal jawab lisan persidangan hari ini. Mengikut rekod, rang undang-undang itu disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat bagi bacaan kali kedua pada mesyuarat kali ini. Pada Julai lalu, RUU berkenaan dibentangkan bagi bacaan kali pertama yang, antara lain untuk mengadakan peruntukan bagi…

Read More

Batu Putih: Penjelasan 3 pemimpin kanan PH

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Tiga pemimpin kanan Pakatan Harapan (PH) yang mewakili PKR, Amanah dan DAP hari ini tampil menegaskan bahawa Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan sendiri berhubung pengguguran rayuan bagi tuntutan Batu Puteh pada 2018. Dalam kenyataan bersama, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Mohamad Sabu dan Anthony Loke yang merupakan anggota Kabibet ketika itu menegaskan,  Dr Mahathir hanya memaklumkan kepada Kabinet selepas keputusan itu dibuat. Ketiga-tiga mereka adalah anggota kabinet PH ketika itu di mana Wan Azizah adalah Timbalan Perdana Menteri, Mohamad sebagai Menteri Pertahanan manakala Loke menerajui…

Read More

Zahid bebas kes rasuah VLN

PUTRAJAYA 12 Dis. –  Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN). Pendakwa Raya, Yusaini Amer Abdul Karim memaklumkan panel tiga hakim diketuai Che Mohd Ruzima Ghazali yang bersidang bersama Azman Abdullah dan Azmi Ariffin berhubung keputusan pihaknya menarik balik rayuan. Ketika ditemui di luar mahkamah, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO meluahkan rasa syukur representasi yang dikemukakan pihaknya diterima oleh pihak pendakwaan. “Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada…

Read More

UNGA lulus resolusi gencatan senjata

NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), meluluskan resolusi yang menggesa gencatan senjata segera dan tanpa syarat di Gaza dengan 158 undian menyokong, sembilan menolak, dan 13 berkecuali. Tindakan simbolik itu bagaimanapun ditolak Amerika Syarikat (AS) dan Israel. Resolusi itu menggesa gencatan senjata segera, tanpa syarat, dan kekal, serta pembebasan segera dan tanpa syarat semua tebusan iaitu frasa yang sama dengan teks yang diveto Washington dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bulan lalu. Ketika itu, Washington menggunakan kuasa vetonya di UNSC seperti sebelum ini bagi melindungi sekutunya, Israel,…

Read More