Mengapa berdiam diri? – Dr Mahathir

PUTRAJAYA 12 Dis. –  Mengapa mengambil sikap berdiam diri berhubung keputusan pengguguran rayuan bagi tuntutan Batu Puteh pada 2018? Itu pertanyaan Dr Mahathir Mohamad terhadap tiga bekas anggota Kabinetnya.

Pertanyaan itu sebagai membalas kenyataan Dr Wan Azizah Wan Ismail, Mohamad Sabu dan Anthony Loke yang memaklumkan Mahathir hanya memaklumkan kepada Kabinet selepas keputusan itu dibuat.

“Terima kasih kepada menteri-menteri yang menganggotai Kabinet semasa saya menjadi Perdana Menteri kali kedua atas penjelasan mereka.

Namun, saya agak pelik dengan penjelasan mereka itu yang tidak memberikan sebarang pendapat atau pandangan berhubung isu Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan kerana saya hanya ‘memaklumkan’ mereka (keputusan) semasa mesyuarat Kabinet.

Adakah mereka memerlukan saya untuk memberitahu mereka secara jelas bahawa mereka harus menyatakan pendapat atau pandangan mereka sebelum mereka berbuat demikian?” katanya melalui kenyataan dikeluarkan peguamnya, Rafique Rashid.

Terdahulu, tiga bekas menteri terbabit menegaskan bahawa keputusan untuk tidak meneruskan semakan dan tafsiran sudah dibuat pada 21 Mei 2018 oleh Mahathir sendiri secara bertulis kepada Peguam Cara Negara tanpa merujuk kepada Jemaah Menteri dan juga turut dimaklumkan kepada pihak Singapura pada pagi 23 Mei 2018 sebelum mesyuarat Kabinet pertama diadakan.

Menurut mereka, selang dua hari kemudian, selepas keputusan dibuat, barulah Mahathir memaklumkan Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet, samil menegaskan ia hanyalah ‘pemakluman’ di bawah agenda ‘Hal-hal lain’ dan bukannya perbincangan untuk menentukan keputusan.

Dalam pada itu, Mahathir mempersoal apakah pemakluman keputusan itu menghalang sebarang perdebatan, perkongsian pandangan, atau menyatakan persetujuan atau sebaliknya.

“Jika barisan menteri pada masa itu memilih untuk berdiam diri dan tidak menyatakan bantahan, ia akan dianggap sebagai persetujuan terhadap apa yang dimaklum atau dibentang.

“Seingat saya, semasa mesyuarat Kabinet itu, tercatat dalam minit bahawa semua ahli termasuk tiga individu berkenaan bersetuju dengan pandangan saya dan butiran yang saya berikan mengenai isu itu,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment