KUALA LUMPUR 26 Nov. – Selepas dikritik hebat berhubung isu papan tanda dwibahasa, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Tiong King Sing tampil menjelaskan dakwaan yang dibuat khususnya oleh wakil rakyat. Beliau menjelaskan permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini adalah berhubung insiden kemalangan serius yang berlaku di negara ini melibatkan pelancong kedua-dua negara. King Sing merujuk kenyataan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin dan Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh yang juga Exco Kerajaan…
Read MoreDay: November 26, 2024
Setengah abad merdeka, usah lagi bertolak ansur
KUALA LUMPUR 26 Nov. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob, mencadangkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dengan menguatkuasakan undang-undang yang dimiliki mereka. Pada masa yang sama, beliau mencadangkan supaya tindakan yang lebih berat dikenakan terhadap pihak yang tidak menggunakan bahasa Melayu di papan tanda termasuk golongan yang meremehkan penggunaan Bahasa Kebangsaan ini. Ahli Parlimen Bera itu mengingatkan, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa rasmi yang tidak boleh dipertikai fungsi dan peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan. Katanya, PBT…
Read MoreSanusi rahsiakan pihak cuba gagal pelaburan
ALOR SETAR 26 Nov. – Biarlah rahsia! Begitu jawapan Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor yang enggan mendedahkan pihak yang didakwa mempunyai rancangan besar bagi menggagalkan pelaburan swasta di Kedah. Muhammad Sanusi berkata, belum tiba masanya beliau mendedahkan perkara itu walaupun terdapat pihak yang mahu beliau berbuat demikian. “Saya tahu perkara itu (pihak yang mahu gagalkan projek pelaburan di Kedah), ada dalam ini (sambil tunjuk ke dadanya) tapi biarlah rahsia,” katanya selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Aman di sini, hari ini. Terdahulu, Ketua Penerangan UMNO Kedah,…
Read MoreVeteran UMNO juga cadang tukar King Sing
KUALA LUMPUR 26 Nov. – Selepas Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) mencadangkan Kerajaan Perpaduan menukar portfoilo Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Tiong King Sing, Veteran UMNO juga tampil membuat gesaan yang sama. Setiausahanya, Mustapha Yaakub dalam kenyataannya menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan untuk menggantikan King Sing dengan pemimpin yang lebih berwibawa susulan kontroversi papan tanda dwibahasa. Beliau menegaskan, amat memalukan apabila seorang menteri yang sepatutnya menjual produk Malaysia untuk menarik pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia, sebaliknya membuat kenyataan seolah-olah negara ini tidak aman dan selamat. Katanya ,…
Read More688,663 penjawat awam belum miliki rumah
KUALA LUMPUR 26 Nov. – Dewan Rakyat hari ini diberitahu sejumlah 688,663 daripada 1.3 juta penjawat awam yang masih berkhidmat belum memiliki rumah dengan majoritinya dalam kalangan kumpulan pelaksana. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika menjawab bagi pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) berkata daripada jumlah itu, sebanyak 431,277 adalah penjawat awam dalam kumpulan pelaksana. Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan sudah melaksanakan program Perumahan Penjawat Awam (PPAM) bagi membantu mereka khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah di seluruh negara, terutama di bandar utama. Sehingga kini, sebanyak 36,479…
Read MoreTindakan jika majikan halang solat Jumaat
ISKANDAR PUTERI 26 Nov. – Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan solat Jumaat bermula Januari tahun depan diminta membuat aduan berhubung perkara itu kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Johor. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, majikan yang ingkar dengan tidak memberi waktu rehat mencukupi pada setiap Jumaat, boleh dikenakan tindakan. “Sesiapa yang tidak membenarkan pekerja menunaikan solat Jumaat atau waktu solat pada waktu kerja disusahkan, pekerja boleh mengadu kepada JTK di bawah Akta Pekerja dan majikan terlibat akan diambil…
Read More627,491 akaun dalam senarai pemotongan
KUALA LUMPUR 26 Nov. – Sehingga September lalu, sebanyak 627,491 akaun direkodkan dengan tunggakan bil elektrik disenaraikan dalam proses pemotongan bekalan membabitkan nilai lebih RM1.008 bilion. Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata angka itu meningkat berbanding 464,076 akaun yang dipotong membabitkan jumlah tunggakan lebih RM945.4 juta pada 2023. Berdasarkan statistik ini, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Terengganu merekodkan jumlah akaun dan tunggakan tertinggi berbanding tahun lalu Selangor, Terengganu, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan. Beliau menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mengenai jumlah…
Read MoreBerita pilihan…
Kumpulan G7 cari kesepakatan
FIUGGI: Sesi kerja pertama Mesyuarat Menteri Luar G7 membincangkan mengenai pendirian bersama berhubung waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu. Menteri Luar Itali, Antonio Tajani, berkata G7 (Negara-negara Kumpulan Tujuh) perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh Beliau menambah bahawa usaha sedang dilakukan untuk memasukkan perkara ini dalam akhir mesyuarat. Ketika ini Amerika Syarikat menolak keputusan ICC tersebut, dan Presiden Joe Biden menyifatkannya sebagai keterlaluan. Selain AS, negara anggota G7 yang lain adalah Britain, Perancis, Jerman, Jepun, Kanada dan Itali.…
Read MorePemimpin jenayah Israel wajar dihukum mati
DUBAI – Hukuman mati wajar dikenakan terhadap pemimpin Israel, bukannya waran tangkap, demikian pandangan pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei. “Mereka Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap, itu tidak cukup… Hukuman mati harus dijatuhkan untuk pemimpin-pemimpin jenayah ini,” kata Khamenei. Beliau merujuk keputusan ICC yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Khamis lalu dan bekas ketua pertahanannya, Yoav Gallant serta seorang pemimpin Hamas, Ibrahim Al-Masri. Hakim ICC berkata, terdapat asas yang munasabah untuk mempercayai bahawa Netanyahu dan Yoav Gallant bertanggungjawab secara jenayah atas tindakan termasuk…
Read More