DUBAI – Hukuman mati wajar dikenakan terhadap pemimpin Israel, bukannya waran tangkap, demikian pandangan pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
“Mereka Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap, itu tidak cukup… Hukuman mati harus dijatuhkan untuk pemimpin-pemimpin jenayah ini,” kata Khamenei.
Beliau merujuk keputusan ICC yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Khamis lalu dan bekas ketua pertahanannya, Yoav Gallant serta seorang pemimpin Hamas, Ibrahim Al-Masri.
Hakim ICC berkata, terdapat asas yang munasabah untuk mempercayai bahawa Netanyahu dan Yoav Gallant bertanggungjawab secara jenayah atas tindakan termasuk pembunuhan, penganiayaan dan kelaparan sebagai senjata perang sebagai sebahagian daripada serangan meluas dan sistematik terhadap penduduk awam Gaza.
Keputusan itu disambut dengan kemarahan di Israel, yang menyebutnya memalukan dan tidak masuk akal.
Penduduk Gaza berharap ia dapat membantu mengakhiri keganasan dan membawa mereka yang bertanggungjawab atas jenayah perang ke muka pengadilan.
Israel menolak bidang kuasa mahkamah yang berpusat di The Hague dan menafikan dakwaan jenayah perang di Gaza.
Waran tangkap untuk seorang pemimpin pejuang Hamas, Ibrahim Al-Masri, yang dikatakan mencetuskan serangan pada 7 Oktober tahun lalu, ke atas Israel sekali gus mengakibatkan konflik di kawasan Gaza.
Israel berkata, mereka sudah membunuh Masri, yang juga dikenali sebagai Mohammed Deif, dalam serangan udara pada Julai lalu, tetapi pejuang Hamas belum mengesahkan atau menafikan perkara itu.
Nnn
