Rumah Terbuka Deepavali

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Anwar Ibrahim meminta pemimpin dan rakyat sama-sama berganding bahu membawa Malaysia ke arah masa depan yang lebih baik. Perdana Menteri berkata, jika terdapat sebarang kelemahan atau kekurangan dalam pentadbiran kerajaan, rakyat perlu memberitahu kepada menteri dan pemimpin supaya penambahbaikan dapat dilaksanakan. Sempena sambutan Deepavali hari ini, beliau berharap ia memberi ruang kepada rakyat pelbagai kaum menyemarakkan semangat perjuangan. “Kita tahu semangat Deepavali ini menyemarakkan cahaya menggantikan kegelapan. Semoga semangat Deepavali memberi ruang kepada kita untuk membawa Malaysia ke arah cahaya yang lebih gemerlapan,” katanya. Beliau…

Read More

ATM tidak kompromi kes dera kadet UPNM

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam kes seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Sungai Besi, dipercayai menjadi mangsa buli dan dera oleh seorang penuntut senior. Dalam satu kenyataan, ATM memaklumkan sedang menyiasat kes seorang pegawai kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) UPNM dipercayai didera oleh seniornya dengan menekap seterika pada bahagian dada mangsa sehingga meninggalkan kesan lecur seperti yang tular dalam media sosial. “Siasatan akan dilaksanakan dengan terperinci dan tidak akan melindungi serta berkompromi terhadap…

Read More

Sukar mencari sahabat sejati – Najib

KUALA LUMPUR 31 Okt. –  Najib Razak yang diarah membela diri berkaitan skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengakui sukar mencari sahabat sejati ketika berhadapan waktu sukar. Melalui hantaran di Facebooknya, bekas Perdana Menteri itu berkata, belum tentu yang ada di sisi itu sahabat yang hadir di waktu sukar. “Ramai yang tunjuk muka ketika mahu kesenangan. Ada yang bermuka-muka. Tetapi hidup ini memang penuh pengajaran. Dikala kepahitan hari ini, ada setitik kemanisannya dan penghargaan,” katanya. Pada masa sama, Najib yang mula didakwa pada September 2018 turut menghargai sesetengah sahabatnya yang…

Read More

Britain kesan kes pertama mpox clade lb

LONDON – Agensi Keselamatan Kesihatan Britain (UKHSA) mengesan kes pertama varian baharu Mpox clade Ib, yang diisytiharkan sebagai kecemasan kesihatan global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Ogos lalu. Bagaimanapun risiko virus berkenaan yang merebak ke negara jiran di Afrika selepas wabak di Republik Demokratik Congo kekal pada tahap rendah. Menurut UKHSA, kes berkenaan membabitkan seorang pesakit yang baru-baru ini mengembara ke negara berisiko di Afrika, dikesan di London dan individu berkenaan telah dipindahkan ke hospital pakar. “Kontak rapat kes berkenaan kini sedang dipantau oleh UKHSA dan organisasi rakan kongsi,” katanya.…

Read More

Isyarat positif gencatan senjata di Lubnan

BEIRUT – Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati mendakwa, wakil khas Amerika Syarikat (AS), Amos Hochstein, memberi isyarat positif dalam panggilan telefon semalam bahawa gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Hizbullah mungkin tercapai sebelum Pilihan Raya Presiden AS pada 5 November depan. Mikati dalam satu wawancara yang disiarkan oleh stesen penyiaran Lubnan, Al-Jadeed berkata, mereka sedang berusaha sebaik mungkin untuk mencapai gencatan senjata dalam beberapa jam atau hari. Katanya, Hizbullah tidak lagi mengaitkan gencatan senjata di Lubnan dengan gencatan senjata di Gaza, namun mengkritik kumpulan itu atas penarikan lewat pendiriannya. Sebelum…

Read More