Israel terus mengganas di Lubnan

BEIRUT – Kementerian Kesihatan Lubnan memaklumkan sekurang-kurangnya 95 orang lagi terbunuh dalam serangan Israel di Lubnan sejak 24 jam lalu manakala, 172 mangsa lain mengalami kecederaan.

Serangan udara dilancarkan Israel di bandar Beirut pada awal pagi Isnin, kali pertama serangan berlaku dalam sempadan bandar ibu negara Lubnan sejak perang Israel-Hamas tercetus pada 7 Oktober tahun lalu.

Sehingga kini, serangan udara Israel ke atas Beirut tertumpu di bahagian selatan bandar itu iaitu kawasan yang padat dengan penduduk dan kebanyakannya terdiri daripada golongan Syiah yang juga kubu kuat Hezbollah.

Israel bertindak menyerang Lubnan sejak dua minggu lalu sehingga mengorbankan ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah dan beberapa komander pejuang itu.

Gelombang serangan itu juga membunuh kira-kira 1,000 rakyat Lubnan dan memaksa lebih sejuta penduduk meninggalkan kediaman masing-masing.

Susulan itu, Hizbullah bersedia untuk berdepan sebarang serangan darat Israel ke atas Lubnan.

Sementara itu, Britain menggesa gencatan senjata dikuatkuasakan, selepas Israel bertindak melakukan serangan udara Israel di Lubnan.

Jurucakap Perdana Menteri, Keir Starmer, berkata rantau itu perlu mengambil langkah ke belakang daripada sebarang ancaman perang.

Pada masa sama, jurucakap itu berkata, Starmer dan barisan menteri juga meminta warga Britain untuk meninggalkan Lubnan jika mempunyai peluang berbuat demikian.

Katanya, kerajaan sedang mengusahakan semua pelan kecemasan yang diperlukan berhubung situasi di Lubnan.

Nnn

Related posts

Leave a Comment