Pengundi Cina marah perbalahan Akmal – Teresa?

SEPANG 1 Okt. – DAP sepatutnya bertanyakan pemimpin parti itu yang mengeluarkan kenyataan yang mengganggu gugat ketenteraman negara bukannya menyalahkan  orang yang memberi respon terhadap kenyataan pemimpin berkenaan. Itu reaksi Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saeh terhadap kenyataan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berhubung peratusan keluar mengundi pengundi Cina pada Pilihan Raya Kecil  (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota Sabtu lalu. Terdahulu Chin Tong dalam kenyataannya berkata gerak kerja kempen Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin oleh Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi, awal-awal lagi sudah sedar tentang kemungkinan kurangnya…

Read More

Penguatkuasaan akta secara berhemah

PUTRAJAYA 1 Okt. – Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang diwartakan 2 Februari lalu akan dikuatkuasakan secara berhemah dan munasabah, kata Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad. Katanya, terdapat dua aspek dalam pelaksanaan akta terbabit, iaitu secara serta-merta dan penguatkuasaan pendidikan agar wujud suasana saling menghormati undang-undang dan hak terutama dalam penjualan produk tembakau, rokok elektronik (vape) kepada kanak-kanak bawah umur. “Saya yakin penguat kuasa KKM ambil pendekatan berhemah supaya kerelaan dan kesediaan mereka yang terlibat dalam industri ini memahami kita lakukan semua ini adalah untuk…

Read More

Pastikan warga emas meniti usia bermaruah

PUTRAJAYA 1 Okt. – Pelbagai inisiatif diambil dalam memastikan warga emas di Malaysia meniti usia dengan bermaruah serta mewujudkan warga emas yang berdikari, bermartabat diri dan dihormati dengan mengoptimumkan potensi diri. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Nancy Shukri berkata, semua itu selaras dengan Dasar Warga Emas Negara. “Saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada agensi kerajaan, pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan, persatuan warga emas serta semua pihak yang turut sama terlibat dalam menyediakan perkhidmatan kepada warga emas. “Dari aspek penjagaan dan apa jua bentuk sokongan demi mengangkat…

Read More

Dr Sirajuddin Ketua Pengarah Jakim baharu

PUTRAJAYA 1 Okt. – Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),  Dr Sirajuddin Suhaimee dilantik sebagai ketua pengarah baharu jabatan berkenaan, berkuat kuasa hari ini. Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar dalam satu kenyataan hari ini, berkata, pelantikan Sirajuddin, 57, salah satu usaha memperkasa penyampaian perkhidmatan hal ehwal Islam. “Ia seiring dengan agenda reformasi perkhidmatan awam dan memperkukuh JAKIM sebagai jabatan peneraju hal ehwal Islam di Malaysia,” katanya. Beliau menggantikan Hakimah Mohd Yusoff, wanita pertama yang dilantik memegang jawatan itu sejak 21 Mac 2022 yang kini diberi…

Read More

Israel terus mengganas di Lubnan

BEIRUT – Kementerian Kesihatan Lubnan memaklumkan sekurang-kurangnya 95 orang lagi terbunuh dalam serangan Israel di Lubnan sejak 24 jam lalu manakala, 172 mangsa lain mengalami kecederaan. Serangan udara dilancarkan Israel di bandar Beirut pada awal pagi Isnin, kali pertama serangan berlaku dalam sempadan bandar ibu negara Lubnan sejak perang Israel-Hamas tercetus pada 7 Oktober tahun lalu. Sehingga kini, serangan udara Israel ke atas Beirut tertumpu di bahagian selatan bandar itu iaitu kawasan yang padat dengan penduduk dan kebanyakannya terdiri daripada golongan Syiah yang juga kubu kuat Hezbollah. Israel bertindak menyerang Lubnan…

Read More

Peningkatan mpox di negara-negara Afrika

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan kes mpox menunjukkan peningkatan di beberapa negara Afrika dan mula merebak ke kawasan baharu. Dalam laporan terbaharu, WHO menyatakan bahawa Guinea melaporkan kes mpox atau cacar monyet buat kali pertama, sementara Republik Demokratik Congo adalah negara yang paling terjejas. Pada tahun ini, sebanyak 85 peratus daripada kira-kira 6,600 kes mpox disahkan di Congo manakala di seluruh Afrika, 32 pesakit dijangkiti mpox meninggal dunia, termasuk 25 di Congo. Disebabkan kekurangan kemudahan ujian, hanya 37 peratus daripada kes yang disyaki di Congo dapat diuji, dan…

Read More