Fuziah Salleh Setiausaha Agung PKR

KUALA LUMPUR 15 Sept. –  Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh dilantik Setiausaha Agung PKR berkuat kuasa serta-merta,  menggantikan Saifuddin Nasution Ismail yang juga Menteri Dalam Negeri. Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Saifuddin melepaskan jawatan itu bagi menumpukan usaha beliau sebagai Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), anggota Biro Politik PKR dan ahli Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan. Beliau berkata, penyusunan semula beberapa jawatan penting itu diputuskan pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) hari ini, dalam usaha memantapkan gerak kerja parti. Susulan itu,…

Read More

Pas tolak Zahid sebab ada DNAA

TEMERLOH 15 Sept. – Kesediaan Pas menjalin semula kerjasama dengan UMNO atas agenda penyatuan ummah tanpa pembabitan Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah kerana Presiden UMNO itu masih terpalit dengan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan penggubahan wang haram, meskipun dilepas tanpa dibebaskan (DNAA). Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata walaupun Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid, namun ‘elemen’ itu dianggap pihaknya salah satu faktor mengapa Pas tidak membabitkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu dalam agenda penyatuan ummah. “(Ahmad) Zahid ini masih lagi (terpalit 47 kes), bukan hilang…

Read More

Teliti isu persempadanan semula

TEMERLOH 15 Sept. – Semua pimpinan Pas negeri diminta mengambil inisiatif sendiri untuk meneliti isu persempadanan semula kawasan pilihan raya yang akan dibawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak lama lagi. Timbalan Presiden Pas,  Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan , kepemimpinan Pas negeri supaya tidak menunggu lagi dengan mengambil kira tempoh persempadanan semula pilihan raya akan bermula pada 2026. Katanya, lajnah pemerkasaan mengambil 11 agenda yang dicerakinkan dalam bentuk pelan tindakan dan akan memfokuskan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta Parlimen dimenangi Pas dengan harapan penumpuan itu dapat menambah sokongan pengundi.…

Read More

Dedahkan kandungan perjanjian MoU peruntukan

SEPANG 15 Sept. – Perikatan Nasional (PN) mengambil langkah tepat menolak dua draf cadangan memorandum persefahaman (MoU) daripada Kerajaan Perpaduan berhubung peruntukan kepada Ahli Parlimen PN, kata Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari. Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, ini kerana draf cadangan MoU itu didakwa mengandungi terma perjanjian yang sangat berbahaya terhadap kedudukan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kedudukan agama Islam dan hak-hak istimewa Bumiputera. Justeru beliau dalam kenyataan melalui Facebook, hari ini mencabar jika fakta itu tidak benar, kerajaan boleh mendedahkan kandungan perjanjian jika kerajaan berani. Mengulas…

Read More

PN sepatutnya nyatakan apa tak setuju

BETONG 15 Sept. –  Pembangkang sepatutnya menyatakan secara rasmi kepada kerajaan mengenai perkara yang tidak dipersetujui dalam draf memorandum persefahaman (MoU) berkaitan peruntukan kepada Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), beserta cadangan balas. Timbalan Perdana Menteri, Dr Fadillah Yusof, berkata beliau menunggu ‘hitam putih’ daripada mereka secara bersurat dengan menyatakan apa tidak dipersetujui, apa cadangan balas dan akan membawa ke peringkat jawatankuasa. Bagaimanapun, Dr Fadillah yang mengetuai rundingan itu hanya mengetahui PN sebulat suara menolak draf itu hari ini melalui media tetapi menghormati pandangan PN dan akan membawa perkara itu ke…

Read More

Pembangkang tolak MoU peruntukan

KUALA LUMPUR 15 Sept. – Pembangkang atau Perikatan Nasional (PN) sebulat suara menolak Memorandum Persefahaman (MoU) Mengenai Peruntukan Pembangkang yang dikemukakan Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim. Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin dalam satu kenyataan hari ini berkata, penolakan itu dibuat atas empat sebab asas yang dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Katanya, beberapa syarat dikenakan dalam MoU dikhuatiri boleh menjejaskan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera. Selain itu ia turut bertentangan dengan nilai budaya, moral dan agama di mana draf MoU itu mengandungi syarat-syarat yang dilihat bertentangan dengan nilai tradisi, budaya, moral…

Read More

Muktamar Pas lulus tujuh usul

TEMERLOH 15 Sept. –  Penubuhan Dewan As-Sabiqun bagi veteran Pas dan kehilangan keahlian secara automatik jika menyokong parti lain adalah antara tujuh usul yang diluluskan sebulat suara bagi meminda perlembagaan parti. Usul itu dibentangkan oleh Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan pada Muktamar Tahunan Pas Ke-70 malam tadi yang memerlukan sokongan dua pertiga atau 883 daripada 1,324 perwakilan yang hadir. Usul pertama diluluskan membabitkan penubuhan dewan baharu iaitu Dewan As-Sabiqun sebagai wadah khas untuk ahli Pas berusia 60 tahun ke atas mencakupi kewujudan fasal baharu dalam perlembagaan iaitu Fasal 59. Dewan…

Read More