KUALA LUMPUR 15 Sept. – Pembangkang atau Perikatan Nasional (PN) sebulat suara menolak Memorandum Persefahaman (MoU) Mengenai Peruntukan Pembangkang yang dikemukakan Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.
Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin dalam satu kenyataan hari ini berkata, penolakan itu dibuat atas empat sebab asas yang dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, beberapa syarat dikenakan dalam MoU dikhuatiri boleh menjejaskan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.
Selain itu ia turut bertentangan dengan nilai budaya, moral dan agama di mana draf MoU itu mengandungi syarat-syarat yang dilihat bertentangan dengan nilai tradisi, budaya, moral agama serta tempatan.
βSehubungan itu, Perikatan Nasional mahu memperingatkan pihak kerajaan kepada manifesto Pakatan Harapan, yang berjanji menyediakan Dana Pembangunan Kawasan Pilihan Raya (CDF) secara sama rata kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti dan rakyat sedang menilai apa sudah jadi dengan janji-janji tersebut,β katanya.
Menurut Hamzah, PN telah menerima dua set deraf cadangan MoU daripada kerajaan berkaitan dengan peruntukan kepada Ahli Parlimen PN, iaitu di antara Kerajaan Malaysia dan parti PN serta di antara Kerajaan Malaysia dengan kesemua Ahli Parlimen PN.
βKami membuat ketetapan sebulat suara menolak MoU tersebut atas empat sebab fundamental,β katanya.
Berikut empat sebab penolakan itu :
π. ππππππππππππ ππππππ ππππππππππππ πππππππππππ
Beberapa syarat yang dikenakan dalam MoU ini dikhuatiri boleh menjejaskan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.
π. ππππππππππππ πππππ ππππππ, πππππ & πππππ
Deraf MoU tersebut mengandungi syarat-syarat yang dilihat bertentangan dengan nilai tradisi, nilai budaya, nilai moral, agama serta nilai-nilai tempatan.
π. πππππ πππππππ πππ πππ & πππππ ππππ πππππ
Deraf MoU tersebut juga tidak mempunyai satu mekanisme yang jelas dan keadaan ini boleh membuka ruang kepada berlakunya apa-apa pelanggaran, mungkir janji atau ketidakpatuhan secara ex-parte.
π. πππππππππππ πππππππππ
Deraf MoU ini turut mengandungi perkara-perkara yang dilihat mengongkong kebebasan bersuara Ahli Parlimen, sedangkan setiap Ahli Parlimen mempunyai hak dan imuniti untuk bersuara bagi pihak rakyat mengikut Akta 347 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.
