China naikkan umur persaraan

BEIJING – China akan meningkatkan umur persaraan berkanunnya untuk pekerja lelaki secara beransur-ansur iaitu daripada 60 kepada 63 tahun manakala pekerja wanita ‘daripada 50 atau 55 kepada 55 dan 58 tahun’ bergantung kepada jenis pekerjaan.

Menurut laporan media, umur persaraan itu akan dinaikkan secara beransur-ansur selama 15 tahun mulai 1 Januari 2025 dan mulai 2030, pekerja perlu membuat sekurang-kurangnya 20 tahun caruman pencen asas dan bukannya 15 tahun.

Peraturan baharu itu akan membolehkan orang China menangguhkan persaraan ke tarikh yang lebih lewat jika mereka mencapai persetujuan dengan majikan.

Beratus-ratus juta orang di China dijangka memasuki usia tua dalam beberapa dekad akan datang manakala kadar kelahiran berkurangan secara mendadak.

Populasi penduduk negara jatuh pada 2023 untuk tahun kedua berturut-turut, dengan penggubal dasar dan pakar memberi amaran mengenai kesan teruk terhadap ekonomi, penjagaan kesihatan dan sistem kebajikan sosial jika tindakan tidak diambil.

Umur persaraan China tidak dinaikkan selama beberapa dekad dan menjadi antara yang paling rendah di dunia.

Sementara itu, media kerajaan berkata, langkah itu berdasarkan ‘penilaian menyeluruh terhadap purata jangka hayat, keadaan kesihatan, struktur penduduk, tahap pendidikan dan bekalan tenaga kerja’.

Related posts

Leave a Comment