Sedia jalin hubungan bersama UMNO

TEMERLOH 14 Sept, – Pas mengulangi kesediaan menjalinkan semula kerjasama dengan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) dengan syarat tanpa Pakatan Harapan (PH), usaha untuk menyatukan orang Melayu Islam dan bumiputera. Presidennya, Abdul Hadi Awang berkata, selagi PH berpegang pada prinsip dan dasar pragmatik yang tidak konsisten, Pas tidak akan bersama dengan parti itu. “Komponen dia (PH) bukan parti yang ada dasar teguh…ada dasar yang canggah dengan perjuangan kita, contoh DAP yang sekular, Malaysian Malaysia dan politik antarabangsa pun dia ikut Singapura, ikut Taiwan, US (Amerika Syarikat),” katanya. Beliau berkata demikian…

Read More

Pas tiada kaitan dengan GISBH

TEMERLOH 14 Sept. –  Pas dan ahlinya tidak ada kaitan dengan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) yang kini sedang disiasat, termasuk berkait isu eksploitasi kanak-kanak, kata Presidennya Abdul Hadi Awang, Justeru beliau menafikan dakwaan dalam laporan media antarabangsa yang mengaitkan parti itu dan ahlinya dengan GISBH “Tidak ada hubungan dengan kita langsung walaupun (laporan) beberapa media antarabangsa mengaitkan (Pas dengan GISBH). Itu adalah satu berita yang salah. Tidak ada (kaitan dengan GISBH). Bukan ahli kita (terbabit)… bukan (ada) kaitan dengan kita,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar…

Read More

Pas kekal bersama PN, tidak sertai PH

TEMERLOH 14 Sept. – Pas tidak akan sesekali menyertai Pakatan Harapan (PH) dalam apa juga bentuk kerjasama bagi menjamin keindukan Islam dan Melayu kekal terpelihara di negara ini, kata Presidennya, Abdul Hadi Awang. Sebaliknya, beliau menegaskan Pas akan teguh mempertahankan Perikatan Nasional (PN) dan menghidupkan Muafakat Nasional (MN) yang sebenar. Berlandaskan al-Quran dan sunnah, beliau berkata keputusan dibuat itu turut mencakupi ijtihad melalui pengalamannya dengan memilih pendekatan demokrasi damai serta perpaduan umat. Katanya, ia sekali gus membantu membentuk Pas dalam menunaikan agenda politik Islam yang berpandukan hidayah, berhikmah, matang dan…

Read More

GISBH: Jakim bertindak sejak Februari 2019

PUTRAJAYA 14 Sept. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengambil beberapa tindakan berhubung Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn Bhd (GISBH) sejak Februari 2019, kata Ketua Pengarahnya, Hakimah Mohd Yusoff. Terkini pada Februari 2024,  pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, Nasiruddin Mohd Ali diadakan bagi mengkaji lebih mendalam isu-isu akidah, syariah dan tasawuf dalam organisasi itu. Beliau berkata, selain 12 mesyuarat, tindakan diambil susulan isu GISBH turut meliputi bengkel, pasukan petugas khas dan program kenegaraan yang mana ia turut membabitkan agensi keselamatan negara antaranya Majlis Keselamatan Negara (MKN),…

Read More

GISBH ambil tindakan undang-undang

KUALA LUMPUR 14 Sept. – Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) akan mengambil tindakan undang-undang berhubung dakwaan dan tohmahan pihak berkenaan yang tidak berasas dan dianggap jijik terhadap organisasi itu. Pengerusi Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nasiruddin Mohd Ali, berkata, GISBH akan melantik peguam bagi memulakan tindakan perundangan ke atas pihak yang didakwa melemparkan tohmahan itu. “Kita akan lawan kerana (tohmahan) amat dahsyat. Ini termasuk dakwaan minum ‘air berkat’ yang dikaitkan dengan minum air janggut, air bulu, kan menghina namanya. Tunjuklah bukti…ni semua tuduhan,” katanya. Menerusi rakaman video yang…

Read More

PRK DUN Mahkota satu lawan satu

KLUANG 14 Sept. – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 28 September ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN). Ketua Pemuda UMNO Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah, 40 mewakili Kerajaan Perpaduan, manakala PN menampilkan bekas jurulatih dan pemain bola sepak Johor, Mohamad Haizan Jaafar atau Coach Haizan, 61. Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK DUN Mahkota, Azurawati Wahid, mengumumkan nama-nama calon itu sebaik selesai proses penamaan calon pada pukul 10 pagi di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di sini. Hanya…

Read More

China naikkan umur persaraan

BEIJING – China akan meningkatkan umur persaraan berkanunnya untuk pekerja lelaki secara beransur-ansur iaitu daripada 60 kepada 63 tahun manakala pekerja wanita ‘daripada 50 atau 55 kepada 55 dan 58 tahun’ bergantung kepada jenis pekerjaan. Menurut laporan media, umur persaraan itu akan dinaikkan secara beransur-ansur selama 15 tahun mulai 1 Januari 2025 dan mulai 2030, pekerja perlu membuat sekurang-kurangnya 20 tahun caruman pencen asas dan bukannya 15 tahun. Peraturan baharu itu akan membolehkan orang China menangguhkan persaraan ke tarikh yang lebih lewat jika mereka mencapai persetujuan dengan majikan. Beratus-ratus juta…

Read More

WHO lulus MVA-BN vaksin mpox pertama

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan kelulusan vaksin MVA-BN, yang dibangunkan oleh Bavarian Nordic A/S, sebagai vaksin mpox pertama yang dimasukkan ke dalam senarai prakelayakan. Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, kelulusan itu merupakan langkah penting dalam perjuangan WHO memerangi penyakit ini, baik dalam konteks wabak semasa di Afrika dan pada masa hadapan. Kelulusan prakelayakan ini dijangka meningkatkan akses kepada vaksin di kawasan yang menghadapi wabak mendesak, terutamanya di Afrika, membantu usaha untuk mengurangkan penularan dan mengawal penyebaran penyakit itu. Tedros menekankan keperluan untuk meningkatkan perolehan dan pengedaran…

Read More