34 % nahas maut libatkan kenderaan berat

PUTRAJAYA  4 Sept. – Sebanyak 34 peratus daripada kemalangan maut di Lebuhraya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sepanjang tahun lalu berpunca daripada nahas yang melibatkan kenderaan berat. Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar, berkata walaupun komposisi kenderaan berat di Lebuhraya PLUS hanya 10 peratus, namun 21 peratus daripada kemalangan yang direkodkan melibatkan jenis kenderaan yang sama. Berikutan itu, Persidangan Keselamatan Kenderaan Berat (HEVTEC) 2024 diadakan sejak Isnin dan berakhir hari ini sempena Persidangan Keselamatan Jalan Raya Asia (CARS) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Persidangan anjuran PLUS dengan kerjasama…

Read More

Proses peralihan kuasa DAP Pulau Pinang

TANJONG 4 Sept. –  Ketua Menteri Chow Kon Yeow, tidak akan bertanding dalam pemilihan DAP peringkat negeri yang dijadualkan berlangsung pada 22 September ini sebagai langkah merangka pelan peralihan kuasa. Bercakap pada satu sidang media di sini hari ini, beliau memberitahu , sebelum ini telah menerima sepucuk surat bertarikh 27 Ogos daripada DAP Malaysia yang memaklumkan dirinya dicalonkan untuk bertanding pada pemilihan itu. Bagaimanapun selepas membuat pertimbangan teliti, Pengerusi DAP Negeri itu, mengambil keputusan menolak pencalonan dirinya untuk bertanding pada kali ini. “Apabila saya dilantik semula sebagai Ketua Menteri selepas…

Read More

‘Berhenti Dulu Kita Solat’ di pasar malam

KANGAR 4 Sept. – Mulai 15 September ini, peniaga pasar malam beragama Islam di negeri ini diwajibkan menghentikan operasi perniagaan selama 20 minit bagi membolehkan peniaga dan pengunjung menunaikan solat Maghrib. Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pembangunan Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Perlis, Asrul Aimran Abd Jalil, berkata tempoh masa itu termasuk 10 minit sebelum masuk waktu supaya tidak tergesa-gesa untuk solat. Beliau berkata peraturan itu selaras keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis pada 21 Ogos lalu yang bersetuju melaksanakan program ‘Berhenti Dulu Kita Solat’. Katanya, buat permulaan, anggota penguat kuasa…

Read More

Universiti Tsukuba Jepun kini di Malaysia

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Hasrat Dr Mahathir Mohamad untuk melihat Universiti Tsukuba Jepun membuka cawangannya di Malaysia, menjadi kenyataan selepas mencadangkan pembukaannya ketika melawat Tokyo pada tahun 2018. Menurut bekas Perdana Menteri itu, beliau membuat cadangan itu ketika berbincang dengan mendiang Shinzo Abe, Perdana Menteri Jepun ketika itu. Katanya, pembukaan universiti itu di sini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia dan pelajar-pelajar dari Asia Tenggara mendapatkan pendidikan Jepun dengan kos lebih rendah. “Pada tahun 2018, semasa saya buat lawatan ke Tokyo, saya cadangkan supaya Jepun buka cawangan…

Read More

Peranan rapatkan hubungan ASEAN – China

BEIJING 4 Sept. 2024 – Malaysia boleh memainkan peranan penting dalam merapatkan hubungan rantau ini dengan China apabila mempengerusikan ASEAN pada tahun hadapan., kata bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN adalah sangat kritikal memandangkan cabaran dan isu-isu semasa sama ada di peringkat serantau mahupun antarabangsa semakin getir dan mencabar. “China sudah tentu boleh memainkan peranan yang penting melalui kerjasama dialog antara ASEAN-China, Asean+10 dan Forum Serantau Asean Regional Forum (ARF). “Selaku sebuah badan Bukan Kerajaan atau NGO, Persatuan Muafakat One Belt One Road…

Read More

33 termasuk tiga doktor direman

TANJONG 4 Sept. – Sebanyak 33 individu termasuk tiga doktor direman bagi membantu siasatan selepas dipercayai terbabit dengan kartel pemalsuan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berjumlah RM2.1 juta sejak tahun 2017. Perintah reman terhadap dua doktor hospital kerajaan dan seorang doktor swasta itu dikeluarkan selama dua hari bermula hari ini oleh Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi selepas menerima permohonan daripada pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Manakala tempoh reman terhadap 29 orang awam yang terdiri daripada pekerja swasta, ejen dan ‘runner’ pula dibenarkan selama tiga hari sehingga…

Read More

Rombakan’ pengurusan tertinggi perkhidmatan awam

PUTRAJAYA 4 Sept. – Satu perubahan penempatan dan pelantikan baharu dilakukan melibatkan perjawatan sembilan ketua setiausaha kementerian, satu timbalan ketua setiausaha kanan dan dua ketua pengarah berkuat kuasa esok dan 23 September. Ketua Setiausaha Negara,  Shamsul Azri Abu Bakar, dalam satu kenyataan berkata perubahan penempatan dan pelantikan baharu itu seiring dengan hasrat melaksanakan reformasi perkhidmatan awam. Beliau berkata ia menuntut kepada kepantasan, ketangkasan dan kedinamikan dalam kepemimpinan tertinggi sektor awam bagi mendepani era baharu perkhidmatan awam, susulan pengumuman Sistem Saraan Perkhidmatan Awam oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. “Ia juga manifestasi…

Read More

AS gesa rundingan dimuktamadkan

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) menggesa rundingan gencatan senjata antara Israel dan Hamas dimuktamadkan segera susulan kematian enam tebusan di Gaza baru-baru ini. Jurucakap Jabatan Negara AS, Matthew Miller, berkata, masih terdapat berpuluh-puluh orang tebusan berada di Gaza menunggu rundingan dimuktamadkan untuk membolehkan mereka pulang. “Rakyat Israel tidak lagi berdaya untuk terus menunggu. Begitu juga rakyat Palestin yang turut menanggung kesan buruk peperangan ini. Malah, seluruh dunia juga tidak mampu untuk menunggu lebih lama lagi,” katanya kepada pemberita. Miller berkata, dalam beberapa hari ini, AS akan bekerjasama dengan negara pengantara…

Read More

35 lagi rakyat Palestin terbunuh

KAHERAH – Sekurang-kurangnya 35 rakyat Palestin di seluruh Gaza terbunuh dalam serangan terbaharu tentera Israel yang sepatutnya dihentikan bagi membolehkan kempen vaksinasi polio, yang memasuki hari ketiga. Walaupun wujud persefahaman untuk membolehkan kempen vaksinasi polio, pasukan pertahanan Israel (IDF) masih terus berperang dengan pejuang pimpinan Hamas. Menurut Perkhidmatan Kecemasan Awam Palestin, empat wanita di bandar selatan Rafah antara yang terbunuh selain lapan lagi menjadi korban perang berhampiran hospital di Bandar Gaza di utara. Sementara itu, menurut pegawai perubatan, serangan udara Israel semalam turut membunuh sembilan rakyat Palestin yang berada dalam…

Read More