TANJONG 4 Sept. – Sebanyak 33 individu termasuk tiga doktor direman bagi membantu siasatan selepas dipercayai terbabit dengan kartel pemalsuan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berjumlah RM2.1 juta sejak tahun 2017.
Perintah reman terhadap dua doktor hospital kerajaan dan seorang doktor swasta itu dikeluarkan selama dua hari bermula hari ini oleh Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi selepas menerima permohonan daripada pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Manakala tempoh reman terhadap 29 orang awam yang terdiri daripada pekerja swasta, ejen dan ‘runner’ pula dibenarkan selama tiga hari sehingga Jumaat ini manakala reman terhadap isteri kepada seorang ejen dibenarkan selama sehari.
Kesemua mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali nilai butir palsu itu atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, semua suspek berusia 26 hingga 60 tahun dibawa ke Kompleks Mahkamah Georgetown di sini pada pukul 9 pagi dengan berpakaian lokap SPRM.
Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata, 32 individu ditahan susulan siasatan berhubung kegiatan kartel yang dikatakan terbabit pemalsuan tuntutan hilang upaya.
Katanya, selain tiga doktor dari dua hospital di Seberang Jaya dan Bukit Mertajam, baki yang ditahan turut membabitkan 19 pencarum Perkeso.
.
Beliau berkata, turut ditahan untuk siasatn berhubung kes sama adalah lapan ejen, pegawai perubatan dan dua ‘runner’ melalui siri serbuan dijalankan SPRM baru-baru ini.
“Kebanyakan pencarum yang ditahan itu bekerja dalam sektor kilang dan pelabuhan di negeri ini dan kami menjangkakan untuk membuat lebih banyak tangkapan ketika siasatan kes itu berjalan.
Nnnn