KD Pendekar tenggelam sepenuhnya

KUALA LUMPUR – Tentera Laut Diraja (TLDM) mengesahkan kapal miliknya iaitu Kapal Diraja (KD) Pendekar tenggelam sepenuhnya di posisi dua batu nautika di Tenggara dari Tanjung Penyusop, Johor pada pukul 3.54 petang. Dalam satu kenyataan, malam ini, TLDM memaklumkan usaha untuk menyelamatkan kapal melalui operasi salvaj masih dalam proses pelaksanaan. “Usaha pantas komuniti maritim berjaya menyelamatkan kesemua 39 kru KD Pendekar sebelum kapal ditenggelami air sepenuhnya. Tiada kecederaan dilaporkan. “Mereka kini berada dalam keadaan selamat dan ditempatkan di KD Sultan Ismail di Tanjung Pengelih, Johor. Nnn

Read More

Tolak dakwaan KL tidak selamat

KUALA LUMPUR –  Datuk Bandar Kuala Lumpur,  Maimunah Sharif, menolak dakwaan bahawa Kuala Lumpur adalah lokasi tidak selamat dan berpotensi berlaku “giant sinkhole” seperti yang tular di media sosial. Beliau menegaskan keadaan di ibu negara adalah selamat kerana ia telah dibangunkan sejak sekian lama. “Saya berpendapat Kuala Lumpur ini pun sudah lama dibina dan dalam tempoh itu ia adalah selamat. Kalau nak mengatakan tidak selamat mestilah ada bukti dan kajian-kajian yang terperinci,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian. Hadir sama Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman…

Read More

KD Pendekar alami kebocoran

SEPANG 25 Ogos – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menubuhkan lembaga siasatan khas dengan kadar segera bagi mengenal pasti punca kebocoran Kapal Diraja (KD) Pendekar miliknya tengah hari ini.. Dalam satu kenyataan, TLDM berkata KD Pendekar mengalami kebocoran dan kebanjiran besar ketika berada kira-kira dua batu nautika Tenggara Tanjung Penyusup di Johor. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 12 tengah hari ketika kapal berkenaan sedang melaksanakan penugasan operasi. Kebocoran itu dipercayai berpunca dari kapal terlanggar objek bawah air. “Kebocoran yang mula dikesan di Bilik Jentera kapal berkenaan merebak dengan cepat…

Read More

JDT tidak janji kosong

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menjelaskan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) hanya mahukan kemenangan dan tidak membuat janji kosong. Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik JDT memaklumkan perkara itu di ruangan Instagram miliknya sambil menegaskan Harimau Selatan juga tidak mencipta drama. “Kami tidak bercakap, tidak berpura-pura jadi mangsa, mencipta drama, konspirasi dan membuat janji palsu. Kami ‘menang’,” tulis Tunku Mahkota Ismail. JDT muncul pasukan pertama merangkul kejuaraan hatrik Piala FA selepas membelasah Selangor 6-1 pada aksi final di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam. (Foto…

Read More

PH sedia runding dengan BN

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Pakatan Harapan (PH) terbuka untuk mengadakan rundingan bersama Barisan Nasional (BN) dalam usaha mendepani landskap politik akan datang, kata Pengerusinya, Anwar Ibrahim. Beliau memberi jaminan rundingan berkenaan akan diadakan secara baik bersama BN dan parti komponen gabungan berkenaan. “Hubungan kita dengan UMNO dan BN masih di tahap sangat baik. Kerjasama di peringkat ini sangat memuaskan. Justeru, untuk masa hadapan, kita masih membuka ruang untuk berbincang secara baik,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk al-Aqsa dan Palestin di sini, hari ini. Semalam,…

Read More

Atlet lelaki, wanita terbaik SUKMA

KUCHING 25 Ogos – Perenang sensasi Selangor, Andrew Goh dinobatkan sebagai Atlet Terbaik Lelaki manakala penembak wanita Negeri Sembilan, Gan Chen Jie, 20 sebagai Atlet Terbaik Wanita SUKMA Sarawak 2024. Andrew, 20 memenangi lima pingat emas daripada tujuh acara yang disertainya, memecahkan dua rekod kebangsaan miliknya dalam acara 100 meter kuak dada dengan catatan baharu 1 minit 01.39 saat (s) dan 50m kuak dada dengan 27.40s. Perenang kebangsaan itu juga memecahkan dua rekod kebangsaan miliknya dalam acara 100 meter kuak dada dengan catatan baharu 1 minit 01.39 saat (s) dan…

Read More

Kali keempat Sarawak juara SUKMA

KUCHING 25 Ogos – Tuan rumah, Sarawak muncul juara Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 dengan merangkul 76 pingat emas, 55 perak dan 70 gangsa. Ini merupakan kali keempat Sarawak muncul juara keseluruhan SUKMA selepas edisi 1990, 1992 dan 1994. Wilayah Persekutuan pula menamatkan saingan pada SUKMA 2024 di tempat kedua dengan membolot 75 pingat emas, 65 perak dan 72 gangsa. Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Sarawak sekali gus ‘mencabar’ kontinjen Bumi Kenyalang supaya mempertahankan kejuaraan itu dalam edisi akan datang di Selangor pada 2026. “Sarawak dapat pertahankan prestasi ini…

Read More