Atlet lelaki, wanita terbaik SUKMA

KUCHING 25 Ogos – Perenang sensasi Selangor, Andrew Goh dinobatkan sebagai Atlet Terbaik Lelaki manakala penembak wanita Negeri Sembilan, Gan Chen Jie, 20 sebagai Atlet Terbaik Wanita SUKMA Sarawak 2024.

Andrew, 20 memenangi lima pingat emas daripada tujuh acara yang disertainya, memecahkan dua rekod kebangsaan miliknya dalam acara 100 meter kuak dada dengan catatan baharu 1 minit 01.39 saat (s) dan 50m kuak dada dengan 27.40s.

Perenang kebangsaan itu juga memecahkan dua rekod kebangsaan miliknya dalam acara 100 meter kuak dada dengan catatan baharu 1 minit 01.39 saat (s) dan 50m kuak dada dengan 27.40s.

Andrew turut meleburkan dua rekod SUKMA dalam acara 200m kuak dada dan 4x100m rampaian lelaki

Beliau turut memenangi emas dalam acara 4x100m rampaian campuran.

Sementara itu, Chen Jie membawa keseluruhan tujuh pingat emas dalam penampilannya di SUKMA kali ini dengan turut memecahkan dua rekod SUKMA dalam acara 10m air rifle dan 50m rifle tiga posisi.

Bagi acara 10m air rifle, dia merekodkan catatan baharu 243.7 mata manakala 50m rifle tiga posisi dengan 449 mata.

Selain dua acara itu, Chen Jie turut meraih emas dalam saingan 50m rifle prone, 10m air rifle berpasukan, 50m rifle prone berpasukan, 50m rifle tiga posisi berpasukan dan 10m air rifle campuran.

(Foto Unit Komunikasi Awam Sarawak)

Related posts

Leave a Comment